30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KONTINJEN SMK LOHAN DAN ZON UTARA LAKAR KEJUARAAN  MSSD RANAU DI KOMPLEKS SUKAN TAMBUNAN

JUARA…Kontinjen SMK Lohan melakar kejuaraan di Kompleks Sukan Tambunan

TAMBUNAN: Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan Ranau dan Zon Utara berjaya melakar sejarah di Kompleks Sukan Tambunan apabila berjaya menjuarai Kejohanan Sukan Olahraga Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kali Ke 49 yang berlangsung di padang kompleks tersebut baru-baru ini.

SMK Lohan berjaya mengutip 27 Emas, 14 Perak dan 17 Gangsa menewaskan pencabar terdekat SMK Mat Salleh yang mengumpul 15 Emas, 13 Perak dan 17 Gangsa. Kedudukan di tempat ketiga SMK Timbua dengan kutipan 12 Emas, 17 Perak dan 12 Gangsa.

Dalam kategori zon, Kontinjen Zon Utara turut melakar sejarah sebagai juara apabila berjaya mengutip 5 Emas dan 4 Gangsa mengalahkan  Zon Pekan yang menduduki tempat kedua dengan jumlah 3 Emas dan 4 Perak. Tempat ketiga dimenangi oleh Zon Timur sebanyak 3 Emas 2 Perak dan 6 Gangsa. Persaingan merebut gelaran juara agak sengit iaitu dalam acara kuartet 4 x 200 meter yang akhirnya memihak kepada Zon Utara.

JUARA…Kontinjen Zon Utara turut melakar kejuaraan di Kompleks Sukan Tambunan

Dalam pada itu, sebanyak 5 acara telah berjaya mencatat rekod baru kejohanan. Peserta dari SMK Timbua, Flore Esty Jiyun, acara 5000m Jalan Kaki kategori P18 mencatat rekod baru 28m 35.0s memadamkan rekod lama 30m 00.1s ( 2014 ) yang dipegang oleh Siti Sarnizah Sarimin.

Rekod baru 1.47m acara Lompat Tinggi P15, Noaleska Kipolos ( SMK Mat Salleh ), rekod lama ( 2017 ) 1.42m ( Jelica Gesikin / SMK Lohan ).

Dalam acara 100m L18, Jad Rizalman Washif ( SMK Lohan ) mencatat rekod baru 10.5s, rekod lama 11.0s ( 2016 ) ( Rozaidi Ismail Othinin / SMK Mohammad Ali), acara 200m L18, Jad Rizalman Washif ( SMK Lohan ) rekod baru 21.9s, rekod lama 22.2s ( 2018 ) ( Azhad Kathidin Masile / SMK Lohan) dan rekod baru 14.8s bagi acara 100m Lari Berpagar L18 oleh Elvin Ishak manakala rekod lama 15.1s ( 2018 ), Fandry Rusais ( SMK Matupang Jaya ).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN