31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kong sifatkan cadangan menggabungkan STAR- PBS suatu keputusan tepat

KOTA KINABALU: Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Kong Soon Choi menyifatkan cadangan menggabungkan Parti itu bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) merupakan suatu keputusan tepat dengan landskap politik terkini.

Katanya, cadangan itu diharap dapat diterima oleh kepimpinan tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) agar parti lokal negeri Sabah akan lebih kukuh untuk menghadapi Pilihanraya Umum Negeri (PRN) Sabah akan datang.

“Keputusan yang konsensus antara kedua-dua kepimpinan tertinggi parti perlu dilakukan untuk menjadikan cadangan penggabungan itu lebih bersifat toleransi, harmoni dan sepakat demi kekuatan perjuangan parti”. Katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kong yang juga Pengerusi Ko Nelayan Sabah berkata, Star dan PBS merupakan dua entiti parti politik berteraskan suku kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) yang mampu mengangkat suara masyarakat pribumi dengan lebih lantang lagi khasnya isu-isu yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Tegasnya, Exco Wiramuda Star akan terus berdiri dibelakang Presiden parti mereka untuk memberikan sokongan kearah transformasi politik yang memberi manafaat kepada agenda pembangunan negeri dan rakyat Sabah.

Pada Ahad, Presiden Star Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan menyatakan cadangan untuk bergabung dengan PBS bagi menghadapi PRN Sabah akan datang. PBS ketika ini diterajui oleh Datuk Seri Dr. Maximus Jonity Ongkili dan mempunyai tujuh kerusi manakala Star enam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN