31 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kondominium dan Alpha terima Hak Milik Strata dari FPL

Lsr. Hazri menyampaikan sijil Hak Milik Strata kepada salah seorang pemilik kedai sambil diperhatikan Johari (kanan sekali)

LABUAN: Selepas 30 tahun dibangunkan, bangunan Kondominium dan Alpha di Kompleks Ujana Kewangan Labuan akhirnya menerima sijil Hak Milik Strata daripada Financial Park Labuan (FPL).

Majlis penyerahan sijil Hak Milik Strata itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Datuk Lsr, Hazri Hassan yang diadakan di Kompleks Ujana Kewangan (FPL) disini, pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Financial Park Labuan (FPL) Sdn. Bhd., Johari Mesar.

Terdahulu Johari berkata, Komplek Ujana Kewangan Labuan (FPL) yang dibangunkan sejak 30 tahun, lalu mempunyai 246 petak dan 173 petak aksesori.

“Daripada jumlah itu 31 petak merupakan unit kedai dan 9 unit Alpha Kondominium adalah milik individu yang kita serahkan Hak Milik Strata pagi ini”, katanya.

Beliau berkata, FPL selaku pemaju telah memulakan permohonan milik strata pada tahun 2018 sebaik sahaja Akta Pengurusan Strata 2013 dikuatkuasakan di Labuan pada 2016.

“FPL melalui Badan Pengurusan Bersama Ujana Kewangan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), Perbadanan Labuan untuk memastikan semua perniagaan di kompleks itu mempunyai lesen perniagaan yang sah dan mematuhi syarat lesen yang ditetapkan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN