27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Komuniti Keluarga Malaysia perlu bantu hebahan  untuk pengundi muda

LABUAN: Komuniti Keluarga Malaysia (KKM)  Zon Labuan diseru untuk membantu kerajaan  menyampaikan  hebahan kepada pengundi muda untuk keluar mengundi pada PRU ke 15 yang akan diadakan pada 19 November ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Khalid Ab. Ghani (gambar) berkata, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM)  boleh membantu menyampaikan hebahan yang tepat bukan sahaja  membolehkan pengundi muda  mengetahui mengenai perjalanan mengundi tetapi juga secara langsung membolehkan peratusan  keluar mengundi meningkat.

“Komuniti Keluarga Malaysia khususnya di Labuan boleh memainkan peranan dengan   membantu golongan muda yang berumur 18 tahun  keatas untuk turun mengundi, ini kerana mereka adalah kolompok pertama pengundi muda berdaftar  secara automatik  yang akan turun mengundi dan memilih pemimpin dalam sistem demokarasi” ”katanya  dalam program sembang warung bersama pemimpin Komuniti Keluarga Malaysia di sini, pada Rabu.

Beliau yakin Komuniti Keluarga Malaysia mampu memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran kepada pengundi muda  mengenai pentingnya mereka mengundi dan memilih calon yang mereka ingin ketengahkan pada PRU ke 15 ini.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid yang juga Pengarah Jentera Piliharaya BN bagi kerusi P166 Labuan, turut menasihatkan jentera komponen  BN agar terus mendekati dan menjelaskan serta memberikan makluman yang tepat kepada  pengundi muda supaya turun mengundi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN