26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Komuniti Group Ranahon Kg. Matan, terima mesin pembajak sumbangan MP Ranau

Primus (kanan) ketika menyampaikan Mesin Pembajak Sawah kepada Janefer diperhatikan PPPLP Azman Abd. Aziz.

RANAU: Pusat Khidmat Rakyat Pejabat Parlimen (PKRPR) Daerah ini, telah menghulurkan sumbangan sebuah mesin pembajak pawah serbaguna kepada Ketua Komuniti Kecil Group Ranahon Kg. Matan, Janefer Sanan baru-baru ini.

Mesin tersebut disampaikan Pegawai Perhubungan (3) Parlimen Ranau, Primus Gahun mewakili Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Primus ketika ditemui memberitahu, meskipun sumbangan itu hanya bantuan kecil daripada PKRPR namun beliau mengharapkan agar ianya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan mengurangkan beban ditanggung para pesawah yang sebelum ini sememangnya tiada kemudahan mesin pembajak sawah.

“Saya mengharapkan kepada para petani agar kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan akan dapat mengurangkan beban ditanggung para pesawah yang sudah sekian lama menunggu sumbangan seumpama ini”, jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Janefer mewakili Group Ranahon merakam setinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Datuk Jonathan menyumbangkan mesin pembajak sawah kepada group Ranahon di kampung berkenaan.

“Saya mewakili para pesawah Group Ranahon mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Jonathan atas keprihatinan beliau menghulurkan sumbangan ini dan kami manfaatkannya sebaik mana yang diharapkan.

“Walaubagaimanapun, mesin pembajak sawah ini bukanlah dikhususkan hanya kepada mereka yang ada dalam group Ranahon sahaja tetapi juga boleh dimanfaatkan kepada pesawah lain penduduk Kg. Matan, yang memerlukan”, katanya.

Turut bersama pada penyampaian sumbangan itu ialah Pembantu Penolong Pegawai Luar Parlimen (PPPLP), Azman Bin Abd. Aziz juga merupakan Ahli Group Ranahon Kg. Matan Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN