26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kompleks Pentadbiran Persekutuan Ranau, terima Anugerah Pengurusan dan Penyenggeraan Terbaik

BANGGA….Selimin (duduk depan tengah) bersama Jennifer (duduk kiri)  dan Staf Penyengeraan Bangunan Persekutuan Ranau.

RANAU: Kompleks Pentadbiran Persekutuan Ranau, sekali lagi muncul Juara kali kedua  menerima Anugerah Pengurusan dan Penyenggeraan Terbaik Bangunan Gunasama Persekutuan peringkat kebangsaan bagi tahun 2023.

Kali pertama  bangunan itu menerima anugerah ialah pada tahun 2022 membuktikan adanya kesungguhan serta kerjasama pihak Penyenggersaan bangunan yang terdiri daripada 4 orang termasuk Pegawai Eksekutifnya dan 10 orang bahagian Kebersihan dan Landskap serta seorang kerani.

Pegawai Eksekutif bangunan itu, Selimin Abin dengan Penyelia Kebersihan dan Landsakapnya, Jennifer Sanan ketika ditemui memberitahu anugerah yang diterima itu adalah hasil komitmen bersepadu dikalangan mereka dan para kakitangan jabatan kerajaan Persekutuan yang di tempatkan di Bengggunan Gunasama berkenaan.

Menurut Selimin, antara aspek yang di nilai dalam dan luar bangunan berkenaan adalah, Penjimatan Air,  Penjimatan  Letrik, Penyenggeraan Bangunan, Pelupusan Pepajal, Teknologi Hijau, Kebersihan dan Landskap.

“Semuanya itu adalah perlu sentiasa bersih dan diberi perhatian dari masa ke semasa.

“Saya selaku Pegawai Eksekutif bangunan ini sentiasa memastikan aspek-aspek yang diberikan tumpuan dan tanggungjawab menjaga agar sentiasa dalam keadaan baik.

“Tahniah kepada semua staf saya yang sentiasa prihatin dengan tanggungjawab  menjalankan tugas masing-masing”, jelas Selimin sambil menyifatkan  Anugerah yang diterima  itu adalah anugerah semua dan bukan anugerah idividu.

“Apa yang penting ialah semua staff saya turut menerima Sijil Penghargaan masing-masing”, tambah Selimin dengan perasaan bangga.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN