JASAMU DIKENANG….Simiun menyampaikan cendera kenangan kepada Sarjan Bersara Bidi Lapat yang menjalani persaraan wajib.
RANAU: Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin memuji komitmen dan disiplin tugas yang ditunjukkan oleh bekas Pegawai, Anggota serta Kakitangan Awam yang pernah berkhidmat di organisasi itu sebelum ini.
Menurutnya, beliau berpuas hati dengan khidmat bakti yang dicurahkan oleh kesemua bekas kakitangan itu selama mereka berkhidmat sehingga mampu memartabatkan imej PDRM Daerah Ranau di mata masyarakat.
“Jasa bakti tuan-tuan dan puan-puan amat saya sanjungi. Tanpa anda semua, mungkin agak sukar kita memenuhi visi dan misi pasukan khasnya dalam mempastikan sistem penyampaian perkhidmatan PDRM terus berjalan lancar”. Jelasnya.

Simiun bersama Pegawai, Anggota dan Kakitangan Awam menikmati jamuan makan tengahari dalam majlis tersebut.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Meraikan Perpisahan Pegawai, Anggota dan Kakitangan Awam IPD Ranau dekat sini pada Isnin.
Samiun turut menasihatkan kesemua kakitangan yang berpindah ke tempat tugas yang baru agar mengekalkan komitmen jitu ketika berkhidmat dan menjaga disiplin demi kebaikan pasukan dan masa depan kerjaya.
Dalam majlis itu, seramai 20 orang kakitangan IPD Ranau terdiri daripada Pegawai Kanan, Anggota serta Kakitangan Awam yang menjalani perpindahan dan persaraan telah diraikan.
Turut hadir adalah Asp Jailix Amindang, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Ranau, Asp Helvin Ribus, Ketua Cawangan Khas IPD Ranau, Asp Affendy Che Yok, Ketua Bahagian JPJKK dan Asp Lesius Drunnsung, Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Persatuan Kelab Polis IPD Ranau.