27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KOLABORASI UMS-IFEA PUPUK KESEDARAN DAN PELUANG IKS SABAH DALAM INDUSTRI HALAL MALAYSIA

Gambar – Datuk Mohd Arifin Mohd Arif

Oleh: Leo Kenzo

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipilih sebagai universiti rasmi dalam menghimpunkan pemain industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah oleh Persatuan Pendidikan Masa Depan Antarabangsa (IFEA) bagi menjayakan aktiviti perkongsian ilmu dan peluang perniagaan halal di Sabah.

Memilih sepenuhnya aktiviti perkongsian ilmu menerusi platform secara dalam talian Seminar sehari yang bertajuk Tinjauan Pasaran Halal di Sabah untuk Industri Kecil dan Sederhana dan Cara Memohon Pensijilan Halal merupakan anjuran bersama IFEA dan JL Longmai Resource Sdn Bhd.

Peserta seminar terdiri daripada pemain IKS, mereka yang berminat menceburi industri halal dan meneroka pasaran Halal khususnya di Sabah. Ahli akademik UMS juga merupakan mereka yang terlibat dalam seminar ini.

Seminar ini dianjurkan secara percuma yang membincangkan enam topik iaitu Peluang Pasaran Halal di Malaysia dan global; Sijil MeSTI, HACCP dan GMP di Malaysia; Memahami Pensijilan Halal dan Prosedur Permohonan; Bersediakah Sabah Memainkan Peranan di peringkat global dalam Hub Halal?; Standard Makanan Halal Malaysia dan Kebolehkesanan Industri Makanan Halal dan Isu Umum Halal.

Syarikat-syarikat tempatan dan asing termasuk penggiat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dipelawa untuk memanfaatkan standard Halal Malaysia untuk memperluaskan akses pasaran produk masing-masing.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, industri Halal telah menjadi sektor pertumbuhan baru yang mempunyai potensi besar bagi ekonomi negara.

“Peluang perniagaan tidak hanya terbatas kepada sektor makanan dan bukan makanan tetapi mencakupi sektor perkhidmatan seperti kewangan dan perbankan, insuran, pendidikan, latihan, penyelidikan, konsultasi, logistik, penjagaan kesihatan dan pelancongan.

“Sabah berpotensi untuk menjadi destinasi utama khususnya dalam industri pelancongan Halal kerana kita mempunyai banyak tarikan semula jadi serta terkenal dengan keramahan penduduk tempatan. Apatah lagi kedudukan wilayah ini yang terletak di tengah-tengah laluan Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia–Philippines (BIMP-EAGA),” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Seminar Tinjauan Pasaran Halal di Sabah untuk Industri Kecil dan Sederhana dan Cara Memohon Persijilan Halal, di sini, pada Rabu.

Menurut Mohd Arifin, peningkatan kemakmuran umat Islam di seluruh dunia, dan juga peningkatan kesedaran terhadap Halal telah mewujudkan permintaan yang tinggi untuk produk dan perkhidmatan ini.

“Malaysia seperti yang kita maklum mempunyai daya saing pengembangan industri Halal ini. Dan Malaysia juga terkenal sebagai peneraju industri Halal di dunia.

“Forum ini akan bawa kita ke peta laluan untuk perniagaan ke arah kesinambungan dan keuntungan lebih besar diperingkat antarabangsa.

“Para peserta akan mendapat banyak maklumat mengenai pensijilan, standard makanan halal dan sistem pengesanan halal untuk meingkatkan tahap kesedaran bagi mendorong penyertaan perniagaan Halal di Sabah.

“Syabas kepada IFEA dan UMS atas inisiatif penganjuran seminar ini,” katanya.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin

Terdahulu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dalam ucapannya memaklumkan, Sabah merupakan penyumbang kedua terbesar dalam ekonomi Halal di Malaysia.

“Ini tentunya akan membantu meletakkan Sabah sebagai Hab Halal Global seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3).

“Oleh itu, pensijilan Halal sangat bermakna dan berguna untuk semua IKS terutamanya di negeri ini,” tambah Taufiq.

Bagi membantu komuniti mendalami industri Halal, UMS melalui Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) turut menyediakan kursus kesedaran halal, kursus eksekutif halal, konsultasi permohonan pensijilan halal oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan.

Hadir sama pada seminar itu Presiden IFEA, Nicholas Hsiu Wei Kong.

Penganjuran seminar bagi pihak UMS diterajui oleh FSMP di bawah Dekan Fakulti Profesor Madya Dr Patricia Matanjun.

Seminar ini telah menarik penyertaan seramai 374 peserta.

Seminar ini turut disokong dengan kerjasama dari pelbagai pihak antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Halal Development Corporation (HDC), Koperasi Pembangunan Masyarakat Maju Sabah Berhad, Federation of Sabah Industries (FSI), Sabah China Chamber of Commerce (SCCC), Malaysia Association of Food Safety and Traceability (MAFSAT), DMDI Malaysia, SME Association of Sabah, Junior Chamber International (JCI) Kota Kinabalu dan Serunai Commerce Sdn Bhd.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN