27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ko-Nelayan komited melahirkan usahawan akuakultur yang berdaya saing: Kong

PENYERAHAN SURAT TAWARAN….Kong menyampaikan surat tawaran kepada salah seorang pelatih dari golongan orang kurang upaya (OKU).

TUARAN: Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan (Ko-Nelayan) komited untuk melahirkan usahawan akuakultur yang berdaya saing sesuai dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk membantu pembangunan modal insan di negeri ini.

Menjelaskan perkara itu, pengerusinya Kong Soon Choi berkata, bagi merealisasikan impian itu, Ko-Nelayan telah melaksanakan latihan kemahiran berkonsepkan dual nasional dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sabah.

Katanya, seramai 50 orang perantis dikalangan belia tempatan telah menjalani latihan kemahiran dalam bidang akuakultur marin bermula bulan ini selama enam bulan di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan Kg Laya-Laya, Tuaran.

“Kita telah melaksanakan latihan kemahiran berkonsepkan dual nasional dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sabah sejak tahun 2014 untuk melahirkan usahawan akuakultur berkualiti dan memenuhi tuntutan kepakaran industri”. Jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Perantis SKM-SLDN Intake April Tahun 2023 di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan di Kg Laya-Laya dekat sini pada Rabu.

Kong mengabadikan gambar kenangan bersama para pegawai dan pelatih di pusat latihan tersebut.

Kong turut menjelaskan, perantis yang mengikuti program latihan tersebut akan diberikan insuran berkelompok secara percuma serta bahan pembelajaran teori dan amali secara percuma.

Tegasnya, selepas menamatkan latihan para pelatih akan ditawarkan untuk menjadi usahawan akuakultur di bawah skim bantuan pengusaha akuakultur selain dibantu menerusi pemantauan dan khidmat nasihat teknikal oleh pasukan KATC iaitu ‘Teknikal Expert Mobile Unit’ (TEMU).

“Justeru, para pelatih seharusnya memanafaatkan sepenuhnya sesi latihan di pusat latihan ini demi masa depan diri dan keluarga. Anda bertuah kerana pihak kerajaan telah menyediakan peluang ini bagi melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi”. Katanya.

Dalam majlis itu, seramai 50 orang pelatih telah menerima surat tawaran bagi mengikuti latihan akuakultur Ko-Nelayan sesi April tahun 2023.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengurus Besar Ko-Nelayan, Hj.Yusof Hj.Ag Besar dan Timbalan Pengurus Besar, Cabrini Chia serta pegawai-pegawai kanan Ko-Nelayan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN