Saiful (kiri) semasa ditemui media.2. Norhayati (tiga dari kanan) menyerahkan cenderahati kepada Saiful atas kesudian menerima rombongan Puspanita ke KM Tun Fatimah.
KOTA KINABALU: Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membantu usaha memperkasakan keselamatan perairan negara.
Pemangku Ketua Pengarah APMM, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata kapal yang menjadi aset utama APMM itu mampu menambah baik kawalan keselamatan di kawasan Laut China Selatan khususnya di sekitar perairan Sabah dan Sarawak.
“Kapal ini merupakan aset utama dan canggih yang baru diterima oleh APMM mulai Januari 2024 ini.
“KM Tun Fatimah ini berpangkalan di Kuching Sarawak dan dalam program operasi di perairan Laut China Selatan di Sabah.Â
“Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) ini mempunyai saiz yang besar ia diletakkan di Laut China Selatan kerana konsep operasinya untuk tempoh waktu yang panjang di perairan yang luas.
“Sejak tempoh tujuh bulan, KM Tun Fatimah telah melaksanakan 108 pemeriksaan dan 14 tangkapan, jadi membuktikan dalam tempoh yang singkat itu kapal ini telah membuktikan ia boleh menguatkuasakan undang-undang di laut dengan lebih berkesan,” ujar beliau
 semasa ditemui media dalam Lawatan Kerja Kesiapsiagaan Operasi KM Tun Fatimah Di Laut CHina Selatan yang diadakan di Jeti Pelabuhan Sabah hari ini.
Dalam program tersebut, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut hadir mengadakan kunjungan ke KM Tun Fatimah yang sedang berlabuh di perairan Kota Kinabalu.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik; Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Salehah Habib Yusso; Penaung Puspanita KDN, Datin Seri Norhayati Musa dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor. –Penerangan–