30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KKR Peruntukan lebih RM 24  juta untuk keselamatan Jalan Raya di Labuan

ALEXANDER (dua Dari kanan) ketika meninjau Projek Menaik taraf Simpang 3 Jalan Mohd Salleh dan Penghulu Tuah.

LABUAN:Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukan sebanyak RM24.55 juta untuk melaksanakan kerja kerja menaik taraf dan kerja kerja penyelengaraan jalan raya di sekitar Labuan.

Menterinya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan tersebut adalah sebagai usaha kerajaan meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna di jalan raya khususnya yang terdedah kepada kemalangan (blackspot).

“Komitmen ini direalisasikan melalui pengeluaran 26 arahkan kerja  kepada pihak konsesi dan 15 lagi Perolehan Kerja untuk pelaksanaan segera sepanjang tahun  2024” katanya selepas meninjau kerja kerja menaik taraf Simpang 3, Jalan Mohd Salleh dan Jalan Penghulu Tuah di sini, pada Jumaat.

Pada majlis itu beliau telah nengumumkan lebih RM 1 juta untuk pelaksanaan kerja kerja tersebut yang melibatkan pelebaran jalan dan pemasangan sistem lampu isyarat serta pembinaan minor access road.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN