27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pejabat Kesihatan Kawasan Kinabatangan sasar 1,000 dos Vaksin.

Dr Maini (kanan)sedang melayan salah seorang penerima vaksin.

KINABATANGAN:Pejabat  Kesihatan Kawasan Kinabatangan mensasarkan 1,000 dos vaksin Covid-19 sehari di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kepada penduduk di daerah ini.

Pegawai Kesihatan Kawasan Kinabatangan Dr Maini Sebait berkata, 

ini bagi mencapai 80 peratus imuniti kelompok golongan dewasa yang menerima vaksin di kawasan ini.

Katanya, Pejabat Kesihatan Kawasan ini mempunyai empat team dibawah Program Outreach terdiri Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kinabatangan, Klinik Kesihatan Bukit Garam Kinabatangan, Klinik Kesihatan Sukau dan Klinik Kesihatan Batu Puteh selain PPV.

Program Outreach yang bergerak dengan empat team mensasarkan jika boleh kesemua individu yang layak di kawasan yang dimasuki untuk program outreach. 

“Buat masa sekarang kita menyediakan vaksin jenis Pfizer-BionTech (Cominarty) untuk diberikan kepada penerima vaksin di daerah ini” katanya pada Program Outreach Vaksinasi “Daftar & Vaksin” Covid-19 di Ladang Genting Plantations Sekong, Sukau Kinabatangan kelmarin.

Mathan A/L Supramaniam (kanan)bersama dengan pengurus-pengurus ladang yang lain.

Pada program itu seramai 908 orang telah mendaftar dan daripada  jumlah itu seramai 168 orang menerima dos kedua manakala 348 orang menerima dos pertama.

Penerima vaksin datang dari dua buah Ladang dan sebuah kilang Genting Plantations iaitu Ladang Sekong, Ladang Suan Lamba dan Kilang Genting Terus Hidup Oil Mill (GTHOM).

Dr Maini berkata, Program Outreach Vaksinasi ini melibatkan kerjasama beberapa agensi iaitu Pejabat Daerah Kinabatangan,Pejabat Kesihatan Kawasan Kinabatangan,Jabatan Penerangan Kinabatangan dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kinabatangan dengan kerjasama Genting Plantations Berhad.

Katanya, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kinabatangan yang terletak di Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan juga sudah mula memberikan vaksin secara walk-in dan dibuka setiap hari.

“Program Outreach Vaksinasi juga akan cuba dijalankan setiap hari untuk masuk ke kawasan kampung dan kawasan ladang bagi mempercepatkan proses vaksinasi ini” jelasnya.

Kelihatan staf KKM memberi suntikan vaksin kepada salah seorang pekerja ladang.

Tambahnya, melalui program outreach ini,pihak KKM Kinabatangan bukan sahaja masuk ke kampung di kawasan pedalaman akan tetapi akan masuk kewasan ladang sawit kerana kebanyakan kawasan di sekitar Kinabatangan ini adalah kawasan ladang yang merangkumi lebih separuh penduduk Kinabatangan.

Sementara itu Senior Estate Manager Genting Sekong Estate Mathan A/L Supramaniam yang mewakili pihak pengurusan Genting Plantations Berhad mengucapkan berterima kasih kepada Pejabat Kesihatan Kawasan Kinabatangan kerana memberi peluang kepada Genting Plantations menyahut seruan kerajaan iaitu Kempen Vaksinasi Kebangsaan yang sedang giat dijalankan.

Katanya, Genting Plantations komited dengan saranan kerajaan untuk menggiatkan kempen vaksinasi ini dan mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Jelasnya, sambutan daripada warga kerja Genting Plantations dilihat amat menggalakkan yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

Hadir sama Manager Genting Plantations (Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Genting Plantations) Madung Marupe dan Pengurus Genting Plantations Ladang Suan Lamba Sukau Elangovan A/L Manivellu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN