33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KKDW  peruntukan  lebih RM 3 juta bagi projek infrastrutur  di Labuan

MOHD RAZLAN (dua dari kiri) bersama  Mohd Rafi (empat dari kiri) ketika meninjau projek pembinaan rumah baharu (PPRT) di Kampung Sungai Bedaun, pada Jumaat.

LABUAN: Kerajaan Madani melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wawasan (KKDW) telahpun memperuntukan lebih RM3 juta bagi melaksanakan kemudahan  infrastruktur di Labuan  sepanjang tahun 2023.

Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafii berkata,  antara projek yang telah pun diluluskan ialah pembinaan 5 buah rumah baharu  PPRT dan 25 buah rumah untuk baik pulih, pembinaan jalan  perhubungan desa (jalan simen) selain peruntukan untuk amaniti sosial.

“KKDW setiap tahun telahpun memperuntukan sebanyak RM 1 juta untuk projek  jalan perhubungan desa (jalan simen) … tetapi tahun ini kita ada tambahan lagi RM 1 juta  hasil limpahan bajet kerajaan pusat di bawah KKDW menjadikan jumlah semua RM 2juta, manakala  amaniti sosial sebanyak RM 750,000 hingga RM 1 juta dan ini tidak termasuk peruntukan projek pembinaan rumah rakyat Termiskin (PPRT) dan baik pulih rumah…. kita agarkan  secara keseluruhannya  peruntukan yang diagihkan kepada Labuan lebih RM 3 juta” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau projek pembinaan dua buah rumah baharu  PPRT di Kampung Sungai Bedaun, dan Kampung Sungai Miri, pada Jumaat.

Mohd Razlan berkata, Labuan memerlukan lebih banyak peruntukan  untuk meningkatkan projek  kemudahan rakyat terutamanya yang melibatkan pembinaan rumah PPRT.

Jelasnya, bantuan  sedemikian akan dapat mengurangkan kadar miskin tegar di pulau ini  selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya akan berusaha mengangkat perkara ini kepada Timbalan Perdana Menteri  yang juga Menteri KKDW agar peruntukan lebih besar dapat diturunkan ke Labuan pada tahun hadapan” katanya.

Sementara itu, Mohd Razlan  berkata, dua buah rumah baharu  (PPRT) yang sedang dalam pembinaan itu  diluluskan dengan peruntukan RM 79,000.00 sebuah manakala untuk kerja kerja  membaik pulih rumah,   KKDW  luluskan RM 17,000.00 untuk sebuah rumah.

Hadir sama dalam lawatan itu, Ahli Perlimen Hulu Langat yang juga Timbalan Pengerusi TEKUN, Datuk Mohd Sany Hamzan, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN