Gambar atas: KELVIN (tengah), ketika menyampaikan hadiah kepada Pasukan KH-V/R yang menjuarai kategori beregu.
RANAU: Pasukan regu KH V/R dan pemain perseorangan wanita, Fisyra, masing-masing muncul juara pertandingan dart ‘1st Ladies & Double Dart HHDC Tournament 2022’ yang diadakan di Dewan Chun Chu Kung, di sini pada Sabtu lalu.
KH V/R yang menumpaskan pasukan RDC Elite di peringkat akhir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.00
Pasukan RDC Elite menerusi pemainnya Sony dan Francis, terpaksa akur di tempat yang kedua dan turut membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00.

NAIB JUARA… RDC Elite menerima hadiah disampaikan Kelvin
Tempat ketiga dan keempat (join 3/4) masing-masing dimenangi pasukan SSM Lominodun dan Nagas Kidal. Kedua-dua pasukan turut memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM250.00.
Sementara itu, Fisyra yang dinobatkan sebagai juara kategori perseorangan wanita, menerima hadiah wang tunai RM200.00. Manakala pencabarnya, Alice D’Kolam, terpaksa berpuashati sebagai pemenang naib juara dengan hadiah RM100.00.
Kategori wanita perseorangan yang disertai seramai 17 pemain menyaksikan RJS dan Jalihah, tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50 setiap seorang selepas berkongsi tempat ketiga dan keempat (joint 3/4).
Pada pertandingan itu, penganjur juga menyediakan hadiah-hadiah kepada pemenang tempat ke 5 hingga ke 16 (beregu). Penganjur turut menyediakan hadiah kategori teknikal iaitu ‘180’, ‘High Score Check’ dan ‘Check Bull’.

JUARA.. Fisyra (kiri) menerima hadiah disampaikan Kelvin dan ALICE (kanan) menerima hadiah naib juara disampaikan Kenny
Nasib menyebelahi pemain daripada pasukan regu KH-F/D apabila berjaya memperolehi ‘180’, dikuti pemain pasukan KH-U/K yang dinobatkan pemenang mata terbanyak (‘High Score Check’).
Pemenang-pemenang kategori teknikal membawa pulang hadiah berupa satu kampit beras seberat 5 kilogram.
Pertandingan anjuran Pemuda Tokong Chun Chu Kung, Ranau dan Happy Hour Dart Club (HHDC) telah disertai sebanyak 48 pasukan untuk kategori berpasukan lelaki dan 17 penyertaan kategori wanita perseorangan.
Dalam pada itu, Pengerusi penganjur pertandingan, Kelvin Dato’ Chua, ketika ditemui media mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang.
Kelvin juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua pasukan dan pemain perseorangan wanita yang telah mengambil bahagian pada pertandingan itu.



