Gambar : Sebahagian penduduk Kg.Maukab merakam gambar kenangan bersama Datuk Jonathan dan rombongan.
RANAU: Kampung Maukab di sini, menerima bantuan kewangan berjumlah RM38,500 sumbangan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.
Daripada jumlah bantuan itu, RM10 ribu untuk membiayai pembaikan Tandas dewan mini, RM25 ribu kos Polypipe Graviti dan pembangunan pelancongan, RM3 ribu untuk pembaikan lantai Dewan Mini dan RM500 lagi sumbangan bagi membiayai majlis Hari Natal peringkat kampung berkenaan tahun ini.
Datuk Jonathan mengumumkan kelulusan peruntukan itu pada majlis bersama penduduk sempena majlis Hari Krismas peringkat Kg.Maukab baru-baru ini.
Menyentuh sambutan Hari Natal, Datuk Jonathan menyeru penduduk supaya majlis itu dijadikan landasan memupuk perpaduan dan persaudaraan yang sedia terjalin erat tanpa membezakan anutan agama, budaya suku kaum dan idologi politik.
“Jadikalah perayaan Natal ini sebagai suatu yang positif memupukkan persaudaran dan keharmonian yang berkekalan”, jelas Datuk Jonathan yang ramai menyifatkanya sebagai seorang ‘Pemimpin Prihatin Rakyat’.
Turut berucap mewakili penduduk ialah Pengerusi JPKK K.Maukab, Mairin Bin Yeduling.
Majlis tersebut dihadiri lebih 100 penduduk termasuk rombongan staf daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.
            Â



