Marcus mewakili Keyfield menyerahkan sumbangan kepada salah seorang asnaf mualaf pada majlis tersebut.
LABUAN: Syarikat Perkapalan Keyfield Offshore yang beroperasi diperairan Sabah, Sarawak dan Labuan menyantuni 40 asnaf mualaf menerusi Program Tanggung Jawab Sosial (CSR) yang diadakan di dewan Serbaguna Blok L Taman Mutiara Sungai Bedaun di sini pada Selasa.
Pada majlis itu pihak Keyfield Offshore menghulurkan sumbangan keperluan asas makanan harian seperti gula, tepung, minyak masak dan beras.
Selain itu mereka juga menyumbang duit raya RM100 setiap seorang serta pek raya.
Turut menerima sumbangan yang sama ialah dua buah keluarga mangsa kebakaran rumah di Kampung Lajau baru baru ini.

Penerima sumbangan bergambar kenangan bersama Marcus (duduk kiri sekali), Rosmani (duduk tiga dari kanan, Matjali (duduk tiga kanan) dan Sahiron (duduk tiga kiri).
Majlis penyerahan sumbangan disampaikan oleh Marcus Loke yang mewakili Keyfield Offshore.
Menurut Marcus, program CSR yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik khususnya ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Turut sama menjayakan program itu ialah syarikat ROSSABUMI Enterprise selaku pihak penganjur.
Hadir sama, Ketua Kampung Sungai Bedaun, Rosmani Puteh, Pengurus Syarikat ROSSABUMI Enterprise Sahiron Yunus dan Imam Masjid Nurul Hidayah Batu Arang, Matjali Musram.