29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KEVNO A JUARA PERTANDINGAN DART ENISI CORNER DOUBLE BATTLE CNY SPECIAL 2022

PAPAR: Gandingan Aqil dan Jimmy dari pasukan Kevno A dinobatkan sebagai juara pertandingan baling damak (dart) Enisi Corner Double Dart Battle CNY Special 2022, baru-baru ini.

Menerusi kemenangan itu, Kevno A membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.

Naib juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 menjadi milik beregu mewakili LSD Keningau menerusi gandingan Abang dan Boy.

Pasukan OMG IZING yang disebut-sebut sebagai salah satu pesaing sengit pada pertandingan itu terpaksa berpuas hati ditempat ketiga bersama (joint 3/4) bersama-sama dengan regu dari pasukan Takana-kana.

OMG IZING yang diwakili Mark dan Jerry, manakala Takana-Kana menerusi gandingan mantap Didi dan William, masing-masing telah menerima hadiah wang tunai RM400.

Pertandingan yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan di PDC House kg Rampazan Papar itu turut menyaksikan satu-satunya pasukan wanita (ladies team) iaitu OMG Babae berjaya berada di kelompok lapan terbaik daripada 48 penyertaan.

Pasukan OMG Babae yang mengandingkan Pipah dan Mell, tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM200.

Pemenang bersama (joint 9/16) turut menerima hadiah berupa satu kampit beras seberat 10 kilogram.

Bagi kategori teknikal, pemain dari OMG, Basil telah memenangi kategori ‘High Score Check’ 154. Kategori ‘180’ dimenangi Mildan dari D’16 Joker, manakala ‘Check Bull’ menjadi milik Boy dari UKDC.

Pertandingan yang dianjurkan bersama Enisi Corner (Walter Lee/Rio Ketam) dan
Ruai Dart Cafe (Jussie Ruai) turut mendapat tajaan hadiah sampingan daripada Rio Ketam berupa beras 10Kg sebanyak 20 kampit.

Sementara itu, penganjur bersama, Walter Lee, Rio Ketam dan Jussie Ruai, mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.▪︎

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN