27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Keunikan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah semakin menyerlah: Robert

Robert menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang asnaf.

KENINGAU: Keunikan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah semakin menyerlah kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Katanya, ini terbukti dengan pelbagai kaum dan agama boleh duduk semeja dalam apa juga majlis keagamaan.

Sebagai contoh jelasnya, pada majlis berbuka puasa, ia bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat Islam tetapi masyarakat beragama lain.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian pada Iftar Ramadan bersama muslimin dan muslimat penduduk Kampung Binaong pada di Masjid Nur Islam Kampung Binaong kelmarin.

Menurut Robert dengan adanya majlis serupa itu sudah tentu dapat mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia wujud selama ini.

Pada majlis itu Robert menyampai sumbangan bakul makanan kepada 30 orang asnaf di kampung itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN