29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ketua UPKO Ranau, Ewon Ebin, umum keluar parti.

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN.


RANAU: Ketua Bahagian, Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Ranau, Datuk Dr. Ewon Ebin mengumumkan keluar daripada parti dengan serta merta dalam satu sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Turut bertindak keluar parti  ialah Timbalan Ketua UPKO Ranau, Japirin Sahadi, Naib Ketua Bahagian, Joseph Asir  Ketua Wanita, Colesta Sigam, Setiausaha Bahagian, Dallius Ubin, Penolong Bendahari,  Abd Razak Mohd.Kahar dan Penolong Pegawai Penerangan, Alipin Manap.

Lapan ahli jawatankuasa bahagian termasuk dua Juruaudit yang turut sama dalam kumpulan itu ialah, Awang Shari Jumat, Geofrey Sopi, Walimin Suruk, Sepikin Bondiwai, Aslie Karim, Jonius Kelintek, Maharin Mahali, Julis Yabi, Richard Hendry Wen (Juruaudit) dan Miki Api (Juruaudit)

Japirin mengetuai laungan ‘Hidup Datuk Ewon’

Sementara, Pengerusi Tetap, Sualim Gopog, tiga Naib Ketua Bahagian iaitu, Datuk Matius Sator, Alyiu Zinin, Eldy Yakin (Ketua Pemuda) bersama Ketua Komulakan, Barry Victor serta lima lagi AJK tidak hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang terdiri ketua-ketua cawangan dan ahli UPKO. Manakala Halimin Saping (Pen.Setiausaha) dan Susin Amad (Bendahari) masih kekal bersama UPKO.

Dalam sidang media di Lohan Rest House, bekas Ahli Parlimen Ranau itu menyatakan antara penyebab tindakan beliau dan rakan-rakan AJK bahagian serta ahli di peringkat cawangan ialah ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan parti yang dikatakan tidak sensitif  dengan rungutan akar umbi 

Tindakan itu juga didorong oleh kegagalan pimpinan UPKO serta kerajaan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah, merujuk kepada pendirian kepimpinan tertinggi UPKO yang  tidak konsisten mengenai isu itu.

EWON..bersama mantan kepimpinan UPKO Ranau dan sebahagian penyokong yang hadir

Katanya, arah dan asas perjuangan UPKO pada hari ini telah jauh tersasar daripada perjuangan asal, iaitu untuk menjaga dan mempertahankan kepentingan, kebajikan serta melindungi hak-hak ahlinya, Anak Negeri Sabah dan rakyat Malaysia asal negeri Sabah.

“Walaupun Kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan untuk membatalkan pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS), namun masih terdapat kenyataan-kenyataan daripada menteri-menteri kabinet serta pemimpin kerajaan yang menyatakan bahawa kerajaan akan berusaha untuk menambah baik PSS agar boleh diterima rakyat.

“Dengan pengumuman ini, saya, bagi pihak bekas Ahli Jawatankuasa Belia, Wanita, Komulakan dan bekas ahli UPKO Ranau, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang telah memberi kami semangat dan sokongan ketika kami yang memimpin UPKO Ranau.

“Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan kita yang masih bersama ,UPKO, semoga kita semua diberkati dengan kesihatan dan kemakmuran yang baik,” katanya dengan seruan sokongan oleh lebih dari 200 penyokong yang hadir pada majlis itu.

Sebahagian hadirin pada majlis itu

Ditanya mengenai masa depan politiknya, Ewon menyatakan bahawa dia dan kumpulannya akan  akan membuat kenyataan akhbar apabila ada keputusan dibuat dalam masa terdekat.

Beliau enggan mengulas mengenai sama ada pakatannya akan menjadi kumpulan pro kerajaan atau sebaliknya, tetapi mengatakan bahawa mereka akan menyokong segala kebaikan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan, dan menentang apa saja yang tidak menguntungkan dan menentang kepentingan rakyat .

Sebahagian daripada kira-kira 200 yang hadir pada majlis itu

Penglibatan Datuk Dr Ewon Ebin di UPKO termasuk sebagai ahli pengasas UPKO yang didaftarkan pada 21 Mac 1994. Keahlian UPKO beliau adalah dari 21 Mac 1994 hingga 25 Februari 2020 (26 tahun).

Beliau memegang jawatan Naib Presiden pada 21 Mac 1994 hingga Nov 2019. Menjadi Ketua Bahagian Bahagian Kundasang (kemudian menamakan semula Ranau Division) sejak Mac 1994 hingga sekarang.

Mantan pemimpin UPKO Ranau.. (dari kiri) Joseph (Naib Ketua Bahagian), Ewon ( Ketua Bahagian), Japirin (Tim.Ketua Bahagian) dan Collesta (Ketua Wanita)

Beliau juga merupakan pemimpin penting yang terlibat untuk menamakan semula Parti Demokratik Sabah – PDS ke Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut atau UPKO di Ranau Sabah pada 30 Oktober 1999.

Untuk rekod, Upko mempunyai 187 cawangan yang aktif daripada 217 yang berdaftar dengan jumlah keahlian 16,026 orang. Daripada jumlah itu, Ewon memberitahu seramai kira-kira 5,000 ahli Upko dari pelbagai peringkat telah bersama-sama beliau keluar parti selain mendakwa sebanyak 120 cawangan bakal dibubar. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN