25 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ketua-Ketua Adat , Pengerusi JPKK diingatkan supaya jangan salah guna kuasa

Robert (berdiri enam dari kanan)bergambar kenangan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir.

KENINGAU:Pemimpin-pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Ketua-Ketua Adat  dan Pengerusi JPKK diingatkan supaya jangan sekali-kali menyalahguna kuasa yang diamanahkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, Ketua-Ketua Adat janganlah leka dengan jawatan yang telah diberikan.

“Gunakanlah sebaiknya jawatan yang dipegang untuk membantu masyarakat dan penduduk kampung yang memerlukan khidmat dan nasihat dari tuan-tuan dan puan-puan” katanya.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jamuan Bersama  ADUN N. 40 Bingkor dengan  Ketua Ketua Pemegang Adat dan Pengerusi Pengerusi JPKK Kawasan N. 40 Bingkor.

Di Taman Bandukan Riverside Resort pada Khamis lepas.

“Amalkan budaya kerja berpasukan untuk mendapatkan impak yang positif dan hasil kerja yang terbaik dan berpegang dengan slogan bersatu kita teguh,bercerai kita roboh” tegasnya.

Pada sama Robert mengingatkan kepada semua pemimpin yang hadir agar sentiasa menyokong semua dasar-dasar dan perancangan kerajaan negeri dan pusat.

“Pemimpin-pemimpin masyarakat merupakan perantara antara masyarakat dan kerajaan maka bantulah kerajaan untuk menyebar luas maklumat, dasar-dasar dan perancangan kerajaan kepada masyarakat setempat. Kita mahu masyarakat setempat mendapat maklumat yang terkini,cepat dan tepat” katanya.

Beliau dalam ucapannya juga menekankan agar pemimpin-pemimpin bekerjasama diantara satu dengan yang lain berlandaskan slogan “Bingkor membangun bersama rakyat”.

Wakil rakyat Bingkor itu juga memohon kepada semua pemimpin masyarakat dan rakyat dibawah pimpinan masing-masing untuk memberikan sokongan tidak berbelah-bagi kepada kerajaan GRS.

“Ini kerana daripada sokongan tuan-tuan dan puan-puanlah kerajaan GRS dapat berdiri hari ini dan mentadbir negeri Sabah. Sama-sama kita kekalkan sokongan dan memastikan kerajaan GRS akan mentadbir dengan lebih cemerlang” katanya.

Pada masa sama Robert merayu kepada pemimpin-pemimpin masyarakat untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan sebagai Ahli Parlimen Keningau dan bersiap siaga untuk menghadapi pilinharaya umum yang dijangkakan pada bila-bila masa sahaja.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN