32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ketua Adat dan JPKK merupakan mata dan telinga kerajaan: Jonathan

RANAU:  Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, Datuk  Jonathan Yasin, menyeru kepada semua Pemegang Adat (Ketua Kampung) dan JPKK supaya berperanan menjalankan tanggungjawab mereka untuk mewujudkan  kemajuan, keselamatan, perpaduan dan mengekalkan adat-istiadat di peringkat kampung.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, menegaskan para pemimpin di peringkat kampung harus memainkan  peranan dan tanggungjawab mereka sebagai agen kerajaan mempastikan  Kehamonian dan Kemajuan dicapai di peringkat kampung  tanpa dipengaruhi  isu yang boleh menimbulkan perbezaan pendapat.

“Ketua Adat dan JPKK merupakan mata dan telinga kerajaan untuk memastikan kemajuan dan perpaduan dapat dicapai bagi memudahkan  kerajaan dan agensinya menyalurkan bantuan yang difikirkan perlu untuk memberi manafaat kepada masyarakat setempat.

“Peranan dan tanggungjawab semua Ketua Adat dan JPKK adalah amat penting demi perpaduan dan kemajuan penduduk sesebuah kampung tanpa memilih suku kaum agama serta idologi politik”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan program Santai Sukan Rakyat dan Perjumpaan Pemegang Adat, Ketua Anak Negeri (KAN), WKAN, JPKK dan Kakitangan Mahkamah di Balai Adat Kg.Nunuk Ragang Ranau baru-baru.

Sempena majli itu, Datuk Jonathan meluluskan peruntukan berjumlah  RM30 ribu untuk kos pemasangan pagar kawasan  Balai Adat Mukim Paus dan RM10 ribu lagi untuk tabung  Mahkamah Anak Negeri Ranau.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Daerah Ranau, Muhasip Haji Roman, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda dan para KAN, WKAN dan Pengerusi JPKK Mukim Paginatan-Paus.

Dalam majlis di kampung berasingan Datuk Jonathan telah merasmikan bangunan  Dewan Mini  baharu di Kg.Pahu pinawantai terletak 33 kilometer dari pekan Ranau, menelan kos RM240 ribu hasil usaha dan sokongan daripada Datuk Jonathan untuk mendapatkan peruntukan daripada Kementetian pembangunan  Luar Bandar (KPLB).

Selain itu sebuah Jambatan Gantung juga sudah siap sementara Jalan Raya sejauh 2 kilometer menghubungkan kampung itu ke jalan utama pekan Ranau juga kini dalam proses penyelenggaraan memberi kemudahan  dan faedah kepada ratusan penduduk kampung Pahu Pinawantai dan kampung-kampung sekitarnya.

Pengerusi JPKK Kg.Pahu Pinawantai, Ruudis Jausif Bin Nios ketika ditemui, merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan kerana membantu penduduk menyalurkan  projek pembangunan untuk rakyat di Kg.Pahu Pinawantai dan kampu g-kampung sekitarnya.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN