27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kesejahteraan Rakyat’ keutamaan Calon PH

RAMLI (dua dari kiri) bersama  rakan seperjuangannya.

Labuan: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Labuan, Datuk Dr Ramli Tahir akan memberikan tumpuan sepanjang kempen beliau dengan mengutamakan kesejahteraan penduduk Labuan  sebagai salah satu manifesto kempennya  di pulau ini.

Beliau berkata, seandainya PH diberi mandat oleh rakyat, kita akan berusaha untuk memberikan keutamaan untuk mensejahterakan rakyat Labuan khususnya yang melibatkan isu isu utama seperti masalah bekalan air, isu kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang membelanggu rakyat Labuan.

“Hari ini rakyat Labuan tertekan dengan pelbagai masalah seperti masalah bekalan air, kos sara hidup yang tinggi dan juga masalah kenaikkan harga barang temasuk masalah pengangkutan feri kenderaan” katanya kepada media di sini, kelmarin.

Ramli berkata, kesejahteraan rakyat adalah adalah sebahagian  daripada manifesto tempatan yang akan di masukkan juga ke dalam manifesto peringkat nasional.

“Tidak terkecuali juga kita akan melihat semula proses pemeriksaan kaunter Imigresen di Terminal Feri Kenderaan Labuan yang telah membangkitkan kerumitan dan masalah kepada pengguna yang ingin berlepas ke tanah Sabah menggunakan feri kenderaan… perkara ini juga akan kita lihat bagaimana untuk menambah baik sistem yang sedia ada” katanya .

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Kawasan Amanah Wilayah Persekutuan Labuan berharap Pakatan Harapan yang diterajui oleh Datuk Seri Annuar Ibrahim akan terus diberikan mandat oleh rakyat untuk mengemudi negara.

 “Dengan itu saya merasakan ianya juga perlu bermula di Labuan dengan rakyat  memberikan mandat  satu kerusi Parlimen  kepada Pakatan Harapan dan sudah tentulah Pakatan Harapan Labuan mengharapkan PH akan membentuk kerajaan dan Datuk Seri Annuar Ibrahim diberi mandat untuk menjadi Perdana Menteri itulah harapan kami” katanya.

Hadir sama,  Timbalan Ketua Kawasan Amanah Labuan  Jenterayang juga Pengarah Jentera Pilihanraya PH,  Andy Herrdiwady Jaafar @ Harris,  Naib  1 Ketua Amanah Kawasan, Rahim Sualin dan Setiausaha Amanah Kawasan,  Zulkiplee Ali.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN