Charles (tiga dari kiri)
KENINGAU: Kesedaran membina budaya sihat dalam kalangan masyarakat perlu disemarakkan dengan mengamalkan aktiviti sukan untuk kekal aktif demi kesihatan diri.
Pengerusi Komiti Sukan dan Rekreasi Katedral St Francis Xavier Keningau (KSFX), Charles Jupili berkata, pembudayaan sukan dalam kehidupan seharian secara tidak langsung boleh membentuk gaya hidup sihat masyarakat selain menghindari sebarang masalah kesihatan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kejohanan Sukan Solidariti Peringkat KSFX Keningau di Padang Kampung Tagai dekat sini.
Mengenai kejohanan itu, Charles berkata, ia dapat menyemai semangat untuk bekerjasama dan saling memahami antara satu sama lain, sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat.
Seramai 500 peserta menyertai kejohanan sukan ini melibatkan pelbagai jenis sukan permainan antaranya Badminton, Bola Sepak dan Bola Tampar.
Bagi bola sepak, pasukan Sodomon muncul juara diikuti oleh Zon Liau manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing di sandang oleh KSFX dan Zon Dalit.