26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kesebelasan Sabah FC beraksi 23 April ini di Kompleks Sukan Keningau.

Rafie (kanan) ketika lawatan ke Kompleks Sukan Keningau bagi persiapan Jelajah Sabah FC.

KENINGAU: Peminat dan penyokong Kelab Bolasepak sabah Sabah FC (sang badak ) di sekitar pedalaman bakal berpeluang menyaksikan sendiri kelibat kesebelasan pemain Sabah FC pada 23 April ini di Kompleks Sukan Keningau di sini.

Pengurus pasukan sabah FC yang juga Presiden Keningau FA, Rafie Robert, berkata , pasukan Sabah FC akan mengadakan jelajah perlawanan di tiga buah daerah di negeri ini dan Keningau merupakan destinasi pertama jelajah ini dan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Keningau FA pada jam 7 malam pada hari tersebut.

“Selepas Keningau , jelajah perlawanan ini akan diteruskan di daerah sandakan dan tawau , ini merupakan peluang keemasan peminat dan penyokong kepada pasukan Sabah FC untuk menyaksikan sendiri pasukan kesayangan mereka beraksi di pendalaman “Kata Rafie ketika ditemui media di sini pada selasa.

Katanya, sudah tentunya pasukan Keningau FA amat teruja dalam perlawanan persahabatan ini dan berharap pemain dibawah bimbingan jurulatih Well Apin akan turut mempamerkan aksi terbaik.

“Jelajah ini merupakan penghargaan kepada semua lapisan penyokong dinegeri ini selain pemangkin semangat untuk pasukan Sabah FC untuk berentap lebih baik dan bersemangat lagi dalam perlawanan diperingkat seterusnya” jelas Rafie.

Pada masa sama Rafie yakin pasukan sang badak di bawah bimbingan Ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee mampu mempamerkan prestasi terbaik dalam perlawanan liga akan datang seterusnya membolehkan mereka menjulang piala kemenangan melintasi laut cina selatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN