26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerjasama STAR, PBS mampu perkukuh sokongan pengundi KDMR menjelang PRN Sabah Ke-17

KOTA KINABALU : Kerjasama Antara Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mampu memperkukuhkan arah sokongan pengundi keatas parti berteraskan suku kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) menjelang Pilihanraya Umum Negeri (PRN) Sabah Ke-17 akan datang.

Timbalan Presiden Star Sabah, Datuk Robert Tawik berkata, kedua-dua parti ini senada dalam memperjuangkan segala isu-isu dan tuntutan hak-hak negeri Sabah dibawah Perjanjian Malaysia 1963 termasuk isu-isu infrastruktur demi pembangunan rakyat.

“Kerjasama yang terjalin ini tepat pada masanya kerana senario politik masa kini memerlukan gabungan parti yang mampu menyatupadukan arah sokongan rakyat bukan sahaja kepada kerajaan semasa, malah komponen GRS keseluruhannya”. Katanya ketika ditemui pada Khamis.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor dan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah menjelaskan, kedua-dua parti akan terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menghadapi PRN Ke-17.

Katanya, semua aspek pentadbiran parti termasuk hal-hal berkaitan rundingan kerusi wajar dibawa dalam perbincangan harmoni untuk mencapai kesepkatan agar GRS terus kukuh.

“Tiada istilah kita akan bertandingan menentang parti komponen lain yang ada dalam GRS. Kami senada dengan kepimpinan PBS untuk mempastikan rundingan dilakukan untuk menentukan jumlah kerusi yang bakal ditandingi dan saling menghormati keputusan yang dibuat”. Tegasnya.

Namun demikian katanya, Star Dan PBS optimis dengan jumlah kerusi yang releven sesuai pada kekuatan parti yang mampu menyumbang kearah kemenangan dalam PRN 17.

“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk memikirkan soal kerusi kerana tempoh pilihanraya negeri Sabah bakal berlangsung tahun hadapan dan apa yang penting ketika ini adalah memfokuskan agenda pembangunan rakyat di negeri ini”. Jelasnya.

Pada Khamis, telah berlangsung majlis menandatangani MoU antara Presiden Parti Star dan Pemangku Presiden PBS di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) yang turut disaksikan oleh Huguan Siou (Pemimpin Agung), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga pengasas PBS.

PBS dan Star Sabah, yang masing-masing mempunyai tujuh dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), bersama dengan parti-parti lain seperti Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN