ADVERTISEMENTspot_img

KERJASAMA PADU PGBM, PPD DAN GURU PENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH DAN MURID: RUDY

Datuk Nordin menyampaikan Cenderakenangan kepada Dato Sri (DR) Ruddy (tengah)

Oleh: Dr Francis Andin

PITAS: Pembantu Menteri Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Dato Sri (DR) Ruddy Awah, menyambut baik usaha Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Negeri Sabah sebagai menjadi peneraju kepada kecemerlangan pendidikan, khususnya dalam memastikn prestasi pengurusan sekolah terus mampu meletakkan sekolah sebagai gedung ilmu murid melalui penyampaian pengurusan , penjanaan pembelajaran yang telus dan dedikasi.


Beliau yang juga Adun N.3 Pitas berkat demikian dalam Majlis silaturahim bersama Exco PGBM Sabah, sempena mesyuarat Exco PGBM Sabah yang diadakan dekat sini.


Katanya Pendidikan adalah aset utama dalam pembangunan negara dengan memastikn modal insan yang terdidik dan menyumbang kepada tenaga mahir setempat sebagai penerus generasi kepimpinan negara akan datang.


” Saya sangat memberi perhatian kepada aspek Pendidikan ini dengan menekankan kepada ibubapa, warga sekolah agar bekerjasama penuh menjayakan program sama ada yang dilaksanakan oleh Kementerian, Jabatan Pendidikan juga Pejabat Pendidikan Daerah agar memberi impak kepada lonjakan prestasi akademik dan bukan akademik murd”katanya.

Dato Sri (DR) Ruddy Awah bersama sebahagian daripada Exco yang hadir sempena mesyuarat Exco PGBM Sabah di Pitas.


Dalam pada itu, Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus berusaha untuk memastikn agenda pembangunan prasarana sekolah dapat di selesaikan terutama dalam membantu mengurangkan sekolah daif selain kemudahan lain sesuai dengan keperluan Pendidikan semasa.


Justeru katanya dalam menerajui usaha ini, PGBM Sabah termasuk PGBM Pitas disaran bersama dengan PPD masing-masing untuk sentiasa prihatin terhadap keperluan dengan membuat perancangan dan hala tuju sekolah siring dengan RPM 2026-2035.


Sementara itu, Pengerusi PGBM Sabah Datuk Nordin Mohd Taip berkata keprhatinan kerajaan khususnya Ketua Menteri dalam membantu menjayakan pelbagai program Pendidikan khususnya yang dikelolakan PGBM sangat dihargai dan menggesa semua Guru Besar untuk memantapkan kepimpinan pengurusan sekolah.

Dalam pada itu katanya mesyuarat kali ini antara lain sebagai kunjungan silaturahim dengan PGBM Pitas selain membincangkan persiapan program tahunan PGBM terutama Konvensyen PGBM Sabah yang di jangka akan berlangsung pada 8 Mei hingga 10 Mei 2026.


” Kerajaan hari ini sangat memberi perhatian terhadap apa juga cadangan daripada PGBM dalam membantu pembangunan sekolah termasuk memberikan pelbagai kemudahan kepada sekolah,pelajar dan juga PIBG secara berterusan”
Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Pitas Puan Melati Lajim dan Exco PGBM dari 24 Daerah di negeri ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN