27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerjasama antara pimpinan Pemuda parti-parti Kerajaan Perpaduan harus diperkasa, pastikan kemenangan PRK KKB

Felix Joseph Saang

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Malaysia Felix Joseph Saang berharap pimpinan Pemuda Kerajaan Perpaduan akan terus diperkasakan bagi memudahkan kerjasama membangun negara ini ke arah yang lebih maju.

Beliau berkata, kerjasama dikalangan Pemuda Kerajaan Perpaduan juga perlu diperkasakan bagi memastikan kemenangan pilihan raya kecil (PRK) di Kuala Kubu Baharu (KKB).

“Tahniah kepada Pimpinan tertinggi Pemuda Pakatan Harapan Malaysia diatas penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di kalangan Pemuda parti-parti Kerajaan Perpaduan

“Majlis seumpama ini dapat mengeratkan persefahaman dan mengukuhkan lagi kerjasama di kalangan pemimpin parti-parti kerajaan perpaduan.

“Kita mahu memastikan Pemuda Pakatan Harapan bersama dengan seluruh pemuda parti-parti dalam kerajaan perpaduan memainkan peranan penting untuk kemenangan PRK KKB,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Angkatan Muda Harapan Malaysia.

Felix berkata, Pemuda UPKO juga mahu agar agenda perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hak sama rata yang adil akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Madani dan akan direalisasikan.

“Walaupun adakalanya berbeza pandangan dan pendapat, itu adalah perkara biasa, apa yang penting, kesatuan dan keikhlasan serta kesungguhan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan pimpinan Pemuda Kerajaan Perpaduan.

“Saya juga berharap agar keutuhan gabungan pimpinan Pemuda Kerajaan Perpaduan akan diperkasakan lagi agar negara kita terus maju membangun, harmoni, aman damai dan sejahtera,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN