26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KERJA SAMA SEMUA PIHAK MEMBENDUNG PENULARAN PANDEMIK COVID-19 BUNG

TAKLIMAT..Bung diberikan taklimat oleh pesuruh Jaya Polis Sabah Datuk Hazani semasa lawatan tersebut.

KOTA BELUD : Timbalan Ketua Menteri Dato’Sri Bung Moktar Radin berkata , kesungguhan kerajaan untuk menangani penularan Pandemik Covid-19 dinegeri ini sukar dicapai tanpa adanya kerjasama dari orang ramai .

Katanya ‘perang’ melawan COVID-19 musuh yang tidak kelihatan masih panjang memerlukan kerjasama serta sokongan dari semua pihak.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya tumpuan kerajaan ketika ini adalah membendung penularan Pandemik Covid-19 terutamanya membantu menangani keperitan hidup akibat penularan Pandemik Covid-19.

Tambahnya kerajaan amat menghargai komitmen pasukan Barisan Hadapan khususnya para doktor,jururawat pihak keselamatan polis,tentera,Rela dan mereka yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak ini.

“Masyarakat perlu memberikan kerjasama dan mengambil tanggungjawab sosial dan memainkan peranan masing-masing untuk mengamalkan normal kehidupan yang baharu ini di semua peringkat dan lapisan masyarakat” katanya ketika ditemui selepas menyertai lawatan pemantuan di POS kawalan keselamatan antara daerah Kota Belud dan Kota Marudu bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali kemarin.

Bung turut menasihati setiap individu perlu mempunyai kawalan kendiri demi melindungi diri dan orang yang dikasihi disamping mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan terutamanya pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 13 sehingta 26 Oktober ini di seluruh daerah
di negeri ini

“Teruskan amalan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, dan amalkan jarak sosial yang selamat, iaitu sekurang-kurangnya satu meter memakai pelitup muka dan membudayakan amalan Norma baharu dalam setiap altiviti harian” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN