ADVERTISEMENTspot_img

Keriangan Berkongsi Bersama Golongan Kurang Upaya: Keyfield International Berhad Terus Prihatin di Labuan

Penerima bergambar kenangan bersama wakil Keyfield International Berhad pada majlis tersebut.

Labua: Keyfield International Berhad, di bawah kepimpinan Dato’ Kee Chit Huei selaku Executive Director / Group CEO, terus menzahirkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat melalui penganjuran program “Keriangan Berkongsi Bersama Golongan Kurang Upaya” yang berlangsung di Pusat Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti, Jalan Tenaga di sini, pada Khamis.

Program ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 50 penerima berdaftar dalam kalangan golongan kurang upaya berusia antara 7 hingga 55 tahun di bawah PDK, Jalan Tenaga, Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebagai penganjur dan penyumbang utama, Keyfield International Berhad telah menyalurkan sumbangan berbentuk sejumlah wang kepada pihak pertubuhan bagi menyokong operasi dan kebajikan berterusan, selain menyampaikan sumbangan duit raya secara tunai kepada setiap penerima.

Majlis turut disempurnakan dengan penganjuran berbuka puasa bersama dalam suasana penuh kemesraan dan penghargaan.

PDK tersebut dipimpin oleh Pengerusnya, Romini Wahab bersama Penyelia, Dayangku Norizah Hj Zainal yang sentiasa komited dalam memastikan kebajikan dan pembangunan komuniti ini terus diperkasa.

Majlis ini turut dilaksanakan dengan sokongan Rossa Bumi Sdn Bhd yang membantu melancarkan perjalanan program serta penyelarasan bersama pihak pusat pemulihan.

Turut hadir mewakili Keyfield ialah Mazlan, AVP HSE dan Alimmudin dari Bahagian Operations & Logistics.

Acara bermula pada jam 5.00 petang dengan sesi ramah mesra bersama para penerima dan keluarga mereka, diikuti dengan majlis penyampaian sumbangan serta diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama. Program turut diserikan dengan persembahan khas daripada para penerima yang mempamerkan bakat dan semangat luar biasa mereka.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan berterusan Keyfield International Berhad dalam menyokong komuniti setempat serta memupuk nilai kebersamaan dan inklusiviti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN