27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KERANCAKAN PASARAN PRODUK TEMPATAN SEMASA PKP:

Manfaat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dengan Mengoptimumkankearifan Tempatan

Oleh: DR. JURRY FOO


▪︎ Pensyarah Kanan (Geografi) (Pengkhususan- Alam sekitar dan Pembangunan-Biogeografi Sosial) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
▪︎ Timbalan Pengarah Akademik, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) Universiti Malaysia Sabah. [Emel: jurryfm@ums.edu.my] MyJICA Alumni (Sabah).


KEMPEN “Mengoptimumkan Kearifan Tempatan menguruskan sumber pertanian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menentang penularan COVID19” telah dilaksanakan secara atas talian bermula bulan March 2020 apabila terdapat aduan daripada kalangan pengusaha pertanian bahawa berlakunya lambakan sayuran kerana tidak dapat dipasarkan akibat sekatan pergeranan barangan dan mobiliti manusia. Atas tanggungjawab sosial ahli akademik dan penyelidik langkah langsung yang dilakukan ialah dengan memanfaatkan media sosial ‘Facebook’ untuk melakukan kempen memproses sayuran agar dapat mengurangkan sedikit sebanyak pembaziran sayuran, menjamin bekalan makanan dan seterusnya dapat mewujudkan potensi penghasilan produk berasaskan sumber pertanian yang baharu. Namun pada peringkat awal, pengusaha pertanian tidak menunjukkan reaksi positif. Namun dalam kalangan kaum wanita yang celik sistem maklumat dan mempunyai semangat kreatif dan inovatif telah menyahut saranan kempen ini. Dalam tempoh March hingga Jun 2020 usaha kaum wanita ini telah menunjukkan hasil yang positif. Antara pencapaian daripada kempen tersebut ialah:

  1. Sayur tidak dibazirkan- Walaupun bukan total, sekurangnya sedikit-sebanyak penggunaan sayuran bertambah. Berdasarkan maklumbalas, kaum yang memproses makanan kepada bentuk serunding kubis dan sayuran lain serta membuat sambal sayuran khususnya tomato menyebabkan anak dan kaum keluarga yang tidak makan sayur juga telam mula memakan sayur melalui menu tersebut.
  2. Produk pertanian dapat dipasarkan. Walaupun bukan secara total menyelesaikan masalah, tetapi tindakan wajar memproses makanan dalam kalangan wanita yang menyahut kempen mengoptimumkan kearifan tempatan telah membuktikan bahawa produk pertanian, khususnya ‘Kubis’ atau ‘Kobis’ mempunyai potensi yang baik sebagai produk makanan tempatan, malah boleh menjadi ‘makanan identiti’ daerah Ranau, khususnya Kundasang yang jika tidak beli serunding kubis tidak sah datang ke Ranau atau mungkin Sabah’ kelak.
    Kini beberapa produk yang menurut pengusaha adalah diinspirasikan daripada ‘Bengkel Mengoptimumkan Kearifan Tempatan’ yang telah dijalankan semasa awal PKP telah mendapat perhatian pelbagai pihak dan mendapat permintaan menggalakkan sehingga merentas negeri dan negara. Antaranya:

Serunding Kubis/ Sayuran

a. RH Serunding Kubis- Oleh Puan Rojaliah Hanti & Puan Rojaidah Hanti (Jenama yang baru dalam proses disenaraikan sebagai produk tempatan FAMA)
b. Serunding Kubis Mummy Kitchen- Oleh Puan Hanim Jani
c. Serunding Kubis Dapur Ida- Oleh Puan Zuraidah Jani di Keningau
d. Serunding Timun Jepun/ Timun Duri- Oleh Puan Maisih Sumbin di Ranau
e. Serunding Kubis- oleh Puan Annie Cheng di Ranau

Sayur masin/ Hamchoi

a. Hamchoi Kubis Micro21- Oleh Puan. Annie Cheng di Ranau
b. Hamchoi sayur pahit- Oleh Puan Anita Tiun di Tambunan

Bosou sayur
a. Bosou sayur- Oleh Puan Maisih Sumbin di Ranau

  1. Manakala, wanita-wanita peserta bengkel yang lain menghasilkan makanan tersebut untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Apa yang menarik, mereka menunjukkan kreativiti sendiri dengan pengubahsuai resipi asas daripada bengkel yang dikongsikan kepada citarasa sendiri. Ini menunjukkan keupayaan wanita dan juga ciri inovatif yang ada serta kemahiran keusahawanan yang tidak dapat disangkal.
  2. Kearifan lokal dapat dipelajari, dikuasai dan diwarisi serta mungkin juga didokumentasikan. Ini merupakan usaha yang sedang dalam proses untuk direalisasikan. Malahan perkongsian dalam media sosial sekaligus menjadi platform dan usaha awal dokumentasi. Malah telah wujud permintaan dalam kalangan komuniti untuk mendapatkan latihan pembuatan sayur masin dan serunding kubis. Kumpulan wanita daripada Kg. Marakau sedang menunggu untuk mendapatkan bimbingan serunding Kubis, begitu juga beberapa wanita yang telah menyatakan hasrat di Kundasang serta usahasama latihan pemprosesan Sayur masin yang sedang dirancang bersama pengusaha pertanian modem, saudara Azizul Julirn. Diharapkan ada rezeki ke arah itu, seperti usaha pemprosesan tomato. Semuanya untuk komuniti dan pengurusan sumber secara lestari.
  3. Peluang pekerjaan. Sedikit sebanyak, usaha menghasilkan produk tempatan yang berjaya dijual memberi peluang kepada komuniti, khususnya kaum wanita untuk mendapatkan pekerjaan sampingan membantu tugas penyediaan sumber untuk menghasilkan produk. RH serunding Kubis misalnya telah mengupah pembantu untuk memproses Kubis dan penghantaran walaupun daripada kalangan ahli keluarga dan jiran tetangga sebagai permulaan.
  4. Peluang perniagaan. Permintaan produk serunding dan sayur masin membuktikan potensi pewujudan peluang perniagaan berasaskan pertanian. Pihak Agrobank misalnya telah bertemu dengan pengusaha untuk meneliti potensi ini.
  5. Tetap bekerja tapi dari rumah. Walaupun PKP, perusahaan makanan tempatan telah memberikan peluang kepada komuniti untuk terus bekerja dari rumah.

Beberapa faktor kejayaan yang dapat dilihat dalam kalangan wanita ini ialah usaha meraka dan keupayaan merebut dan mencipta peluang semasa menghadapi bencana sosial. Usaha mereka wajar dijadikan contoh kerana memanfaatkan sumber walaupun tanpan bantuan dana dan modal. Kini banyak lagi produk tempatan muncul di media sosial seperti serunding ikan oleh Cik Lydia Kalidin, Serunding Tuhau ‘Mama Kami’ oleh Puan Jukimah Gulahai dan banyak lagi produk menarik dari Ranau, Sabah. Dalam pemantapan produk dan pemasaran, pihak UMS Universiti Malaysia Sabah telah meluluskan geran fasa pertama untuk membantu pengusaha membuat kajian kualiti makanan yang merupakan Kerjasama antara fakulti, khususnya Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, manakala bagi tujuan meningkatkan kebolehpasaran, Program Jaminan Makanan akan melibatkan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan Fakulti Pertanian Lestari. Pada fasa yang seterusnya, sudah pasti lebih banyak penglibatan fakulti dan institut di UMS akan membantu pembangunan komuniti. Namun penglibatan pelbagai pihak sama ada kerajaan, bukan kerajaan, mahupun pelabur amat digalakkan dalam menyuntik kepakaran, bimbinan dan modal kepada pengusaha tempatan.

Optimumkan Kearifan Tempatan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN