33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Amirul, Muhammad Alghifary  sandaran Labuan di Kejohanan Jelajah Golf Remaja Sportexcel Malaysia 2024

Aamirul Hishamudin Roslan

LABUAN: Pemain remaja Golf Labuan, Amirul  Hishamudin Roslan, 15 dan Muhammad Alghifary Zuhayr Mohd Sharif, 12, menjadi sandaran Labuan untuk mencipta nama di Kejohanan Jelajah Golf Remaja Sportexcel  Malaysia 2024 yang akan diadakan di padang Golf Shan Shui & Country Resort Tawau.

Kejohanan yang disokong oleh Persatuan Golf Malaysia dan Persatuan Golf Sabah  serta Alpha Sport Academy  itu akan berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Mei depan.

Pada kejohanan itu, Amirul akan bertanding dalam kategori Remaja Lelaki, manakala Muhammad Alghifary bertanding dalam kategori C Jelajah Remaja.

Sebelum ini, kedua dua pemain  berbakat itu  pernah menyertai beberapa beberapa kejohanan remaja golf di peringkat kebangsaan dan tempatan termasuk mewakili Labuan di Kejohanan Golf  Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Muhammad Alghifary menerima sumbangan daripada Mohd Azhar.

Pencapaian terbaik Amirul sebelum ini ialah memenangi tempat ketiga pada Kejohanan Jelajah Pembangunan Golf Remaja Malaysia Srixon dan  naib juara  pada Kejohanan Golf Terbuka Remaja KGC  2023.

Selain itu, Amirul  pernah menyertai beberapa siri kejohanan berpristij  termasuk   Kejohanan Golf Remaja Malaysia B UUMISM anjuran  Sportexcel Alpha Sabah 2023 dan  Johor Junior Master 2023.

Dalam pada itu, Kelab Golf Labuan (LGC) telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM500 kepada  Amirul dan Muhammad Alghifary sebagai tanda sokongan LGC terhadap pembangunan golf remaja Labuan.

Majlis penyerahan  sumbangan itu di sampaikan oleh Bendahari LGC, Mohd Azhar Awang Besar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN