27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan serius hulur bantuan ringankan beban ditanggung rakyat

Jonathan (tiga kiri) menyerahkan wang BKM kepada salah seorang penerima diperhatikan tetamu yang lain

RANAU: Kerajaan serius untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat yang kurang berkempuan tanpa mengira agama, suku kaum dan idologi politik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, walaupun kerajaan banyak cabaran dalam memperkasakan ekonomi  negara namun tidak menjejaskan  usaha  untuk  membantu meringankan beban rakyat  terutama yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 yang kini masih belum berakhir sepenuhnya.

Menurutnya, kerajaan akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bertujuan meringankan beban rakyat pelbagai peringkat golongan B40, Warga Emas, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), Anak  Yatim, Golongan Bujang, Pesakit Telantar dan ramai lagi.

“Kita mengharapkan  agar sumbangan  BKM yang diterima pada hari ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membiayai kos sara hidup keluarga”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap pada majlis Penyerahan  BKM kepada  1,158 orang penerima (tiada Buku Akaun Bank), melibatkan dana berjumlah RM309,100 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau pada Sabtu.

Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau, turut menyeru para penerima  BKM itu agar membuka Buku Akuan Bank bagi memudahkan urusan pihak kerajaan atau agensinya untuk menyalurkan bantuan bila perlu.

Datuk Jonathan seterusnya memaklumkan, pejabat Parlimen Ranau sentiasa menerima permohonan daripada mereka yang ada keperluan untuk dipertimbangkan mengikut keutamaan.

“Kita sedia membantu kepada mereka yang benar-benar memerlukan”, tambah Jonathan sambil memuji usaha pihak Bank Simpanan Nasional (BSN), Pejabat Daerah Ranau,  Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Ranau dan agensi lain yang bekerjasama memudahkan proses pengendalian penyerahan BKM tersebut.

Hadir sama pada majlis itu ialah, Pegawai Eksekutif (Penaksiran) LHDN Sabah, Simon Stephen, Ketua Seksyen Perolehan Kerajaan, Sakka Nordin, Ketua Seksyen Ejen Bank Negeri Sabah, Haji Azman Abdullah sementara  turut berucap ialah Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pembangunan), Hasinin Bin Kinsim.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN