27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan Pusat tidak abaikan kebajikan dan kemajuan pembangunan luar bandar di Sabah.

Oleh:SALWAH ARAMAT

PUTRAJAYA : Ketua Pentadbir Wilayah Tandek, Nurjaffar Bin Inggis berkeyakinan penuh kerajaan Pusat tidak mengabaikan kebajikan dan kemajuan pembangunan luar bandar di Sabah.

Nurjaffar yang juga Pengerusi Momogun Soceity (NWC) Sabah berkata, ada banyak permohonan projek tahun 2019 yang belum dilaksanakan dan rakyat mengharapkan pelaksanaannya pada tahun ini.

“Kita mengharapkan ada peruntukan dapat disalurkan bagi menyiapkan 16 buah projek yang di seneraikan”, jelas Nurjaffar ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan mesra dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Persekutuan di Putrajaya Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkeyakinan tindakan Jawatankuasa Penilaian Pemilihan Projek (JPPP) akan turun ke KPLB negeri Sabah tidak lama lagi bagi memudahkan serta mengenalpasti pelaksanaan projek infrastrukur demi kemudahan rakyat Sabah.-T A M A T-

DOKUMEN……..Nurjaffar memperlihatkan salinan permohonan projek.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN