Kerajaan PN iktiraf peranan wanita- Raynie

Oleh: Jainudin Djimin

Kerajaan PN iktiraf peranan wanita- Raynie

WATIKAH…. Raynie (kanan) menerima watikah pelamtikan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan darupada Dr. Fary sambil diperhatikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Haji Ismail.

LABUAN: Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Labuan, Raynie Datuk Mohd Din menyifatkan pelantikannya sebagai Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan membuktikan peranan wanita terus diiktiraf oleh kerajaan Parikatan Nasional (PN).

“Walaupun hanya seorang sahaja wanita yang dilantik daripada enam Ahli Majlis Penasihat pada sesi kali ini, namun ia sudah cukup membuktikan bahawa kerajaan PN tidak mengenepikan peranan wanita untuk menyumbang dari aspek pembangunan ekonomi, sosial dan politik” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian watikah pelantikan Ahli Mjalis Penasihat Perbadanan Labuan sesi 2020-2022 di Wisma Perbadanan Labuan, pada Jumaat.

Jelasnya, pelantikan ini bukan saja memartabatkan wanita malah memberi inspirasi kepada kaum hawa untuk memainkan peranan lebih signifikan dalam memastikan pembangunan seimbang kepada semua golongan.

Dalam pada itu beliau berterima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kerana memberi kepercayaan untuk bersama sama barisan Ahli Majlis Penasihat dalam memberi input dan cadangan bagi memastikan dasar dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan sebaik sekaligus merealisasikan Labuan sebagai sebuah Wilayah yang berdaya saing dan prihatin.

“Dalam tahun yang mendatang ini kita terpaksa berdepan dengan cabaran dalam menghadapi pandemik COVID 19, tetapi saya yakin dengan barisan Ahli Majlis Penasihat yang dipilih rata-rata mempunyai pengalaman yang luas dari pelbagai bidang telah bersedia untuk mengharungi cabaran ini dengan proaktif” katanya.

Individu lain yang menerima watikah pelantikan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman ialah Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dan Yang Di Pertua PAS kawasan Labuan, Haji Hami Zahari sebagai Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Manakala empat lagi yang dilantik sebagai Ahli Majlis selain Raynie ialah Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Womh Kii Yee, Pengerusi Dewan Perniagaan India Labuan, Datuk Dhalif Singh, Ketua Parti PPBM Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Awang Ghani Yunus.