25 C
Kota Kinabalu
Selasa, April 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan peruntukan RM 68 juta bagi Projek Penggantian Paip Air

GAMBAR – TINJAU…. Annuar ketika meninjau Projek Jalan Pesisir Pantai Membedai pada Ahad.


LABUAN : Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr, Annuar Musa berkata, kerajaan memperuntukan sebanyak RM 68 juta bagi kerja-kerja penggantian paip baharu jenis Asbestos Cement (AC) di tiga buah perkampungan air di Labuan.


Beliau berkata cadangan projek baharu penggantian paip air sepanjang 15 kilometer itu melibatkan Kampung Patau-Patau 2, Bebuloh Laut dan Rancha-Rancha Laut yang akan dijangka bermula pada tahun 2021 dan dijangka siap 2027.


“Kesemua kampung tersebut ketika ini masih lagi mempunyai sistem bekalan air yang berkeadaan daif dan sering mengalami kebocoran” katanya kepada media sempena lawatan kerja tiga hari ke Labuan bermula pada Ahad.


Menurut Annuar lagi, selain kerja-kerja penggantian paip air, Bahagian Bekalan Air (BBA), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) juga sedang merangka beberapa projek yang akan dilaksanakan di masa hadapan.


Antara projek itu ialah penggantian paip air seluruh Labuan yang akan dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut keutamaan serta penggantian paip air mentah dari Empangan Bukit Kuda/Kerupang ke Loji Jalan Kolam.


Selain itu, projek berkaitan sumber air juga akan dilaksanakan iaitu bagi Projek Pembinaan Off-River Storage Kina Benua termasuk Loji Air dan kerja-kerja yang berkaitan dan juga Projek Pembinaan Coastal Resevior di Kampung Ganggarak.


“Semua kerja- kerja yang disebutkan itu adalah sebagai usaha kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur dan kualiti bekalan air di Labuan sekaligus menyelesaikan masalah ganguan air yang kerap berlaku akibat kerja-kerja penyelengaraan, baik pulih, dan menaik taraf pemindahan paip” katanya.


Sempena lawatan kerja tiga hari ke Labuan, beliau turut meninjau beberapa tapak projek yang sedang dilaksanakan di bawah RMK 11 bagi memastikan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan di pulau ini mengikut jadual.


Selain itu, beliau yang diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr, Fary Akmal Osman turut meninjau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Covid 19 di Wisma Perbadanan Labuan.


Semasa berada di PKOB,beliau telah diberikan taklimat ringkas oleh Komander Operasi yang juga Ketua Polis Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad. –Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN