25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan Persekutuan terus komited menyokong pembangunan ekonomi Labuan-Dr Zaliha

Dr Zaliha bersama suku kaum etnik pada program BAF 2025

LABUAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) terus komited dalam menyokong pembangunan ekonomi di pulau ini melalui pelaburan jangka panjang.

Beliau berkata Labuan akan terus menerima perhatian sewajarnya daripada kerajaan bagi memastikan Labuan yang terletak di Borneo seiring dengan dua lagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Pembangunan fasa satu Projek Waterfront Labuan yang bernilai RM38 juta antara salah satu inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan landskap pelancongan dan menambahbaik tempat awam dan memperkukuhkan aktiviti ekonomi Labuan”, katanya,

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Penutupan Borneo Art Festival (BAF) 2025 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Ahad lalu.

Majlis peramian penutupan BAF 2025 disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadilah Yusof.

Dr. Zaliha berkata, Projek Waterfront Labuan yang terletak ditepi pantai Ujung Pasir bukan sahaja menjadi tarikan baharu Labuan tetapi juga memastikan kemudahan penting seperti bekalan elektrik dan air terus diberi tumpuan untuk penambahbaikan.

Nenyentuh mengenai penganjuran Borneo Art Festival (BAF) 2025 yang nelabuhkan tirainya pada Ahad, beliau berkata sambutan luar biasa pengunjung mencerminkan kejayaan BAF sebagai acara pelancongan dan kebudayaan utama yang diintergrasikan daripada Borneo Flora Festival (BBF) sebelum ini.

“Kehadiran yang memberangsangkan ini membuktikan festival kesenian Borneo yang kaya dengan budaya etnik terus meningkatkan edintiti Labuan sebagai destinasi pelancongan kesenian yang menarik penuh warna warni”, katanya.

Kejayaan ini tambahnya, bukan sekadar memberi impak kepada kebudayaan semata mata, tetapi juga turut memberi sumbangan besar kepada ekonomi tempatan khususnya sektor perhotelan, inap desa, makanan dan produk berasaskan tempatan.

Festival BAF 2025 yang berlangsung lima hari 23-17 November lalu telah mencatatkan hampir 40,000 pengunjung mengatasi sasaran awal 30,000 pengunjung sekaligus memperkukuhkan BAF anjuran bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya sebagai acara kebudayaan utama di Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN