26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan Persekutuan Diminta Serius Selesaikan Urus Tadbir Kewarganegaraan

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan diminta mengambil serius dengan urus tadbir hal ehwal daftar kewarganegaraan di negara ini yang dibuktikan mempunyai unsur-unsur rasuah.

Ahli Parlimen P170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, hal-hal ini termasuk cadangan UPKO menarik semula kad pengenalan sangat penting sekiranya kerajaan memperjuangkan aspek kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negara ini.

“Dalam siri 2 Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2018, telah dinyatakan bahawa 95.6 peratus pelancong warga China yang masuk ke negara ini tidak ada rekod keluar.

“Dalam masa yang sama juga terdapat 96.5 peratus daripada 41,293 pelancong warga India tiada rekod keluar.

“Dalam Siri 3 Laporan Ketua Audit Negara 2018 yang dibentangkan pada dalam dewan kali ini telah memaklumkan bahawa 214,398 atau 23.5 peratus daripada 912,324 warga asing yang masuk juga tidak ada rekod keluar,” katanya.

Madius berkata, ini menunjukkan bahawa ada kecelaruan dalam urus tadbir imigresen negara.

“Seperti juga yang sudah saya sebutkan berulang kali, di Sabah juga turut mengalami satu isu pertumbuhan penduduk yang luar biasa.

“Dan ada berita yang orang-orang ini mendapatkan kad pengenalan, dan kalau di Sabah perkara ini sudah sekian lama.

“Dan inilah sebabnya pada ketika ini ada petisyen yang diwujudkan untuk menarik balik kad pengenalan rakyat Malaysia di seluruh negara ditarik balik dan diganti dengan baru dengan tujuan untuk membanteras kad-kad pengenalan yang telah diberikan secara rasuah,” jelas Madius lagi.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian ketika membahaskan titah diraja berhubung isu integriti dan rasuah di Persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau juga menyatakan bahawa usul untuk menarik dan menukarkan kad pengenalan sudah dimasukkan dalam Sidang Dewan Rakyat pada kali ini.

“Namun kurang pasti sama ada ia akan dipilih untuk dibentangkan, tetapi sekiranya usul ini dipilih kita harapkan ia mendapat persetujuan dewan,” katanya.

Tamat

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN