29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan negeri pastikan rakyat akar umbi dapat pembelaan sewajarnya.

OLEH SALWAH ARAMAT

RANAU : Ketua Setiausaha Politik kepada  Ketua Menteri Sabah, Haji Hasbullah Bin  Datuk Haji Raudah berkata, kerajaan negeri Sabah akan terus memastikan rakyat akar umbi negeri ini mendapat pembelaan sewajarnya dalam aspek pembangunan infrastuktur.

Menurutnya, kerajaan negeri serius menyediakan  tiga kemudahan asas seperti Jalan Raya,  Bekalan Air Bersih dan  bekalan  letrik selain membantu golongan daif supaya menikmati arus pembangunan yang akan dilaksanakan secara berperingkat oleh Kerajaan Parti Warisan (Warisan) Sabah agar  lapisan rakyat dapat menikmati arus  pembangunan tanpa membezakan kaum, agama dan fahaman politik.

Hasbullah (ketiga kiri), Mohd Yassin (ketiga kanan), bergambar bersama pemimpin tempatan, ketua jabatan dan rombongan.

Usaha itu katanya, antara langkah kerajaan menyantuni rakyat yang ditunjangi barisan pemimpin   berwibawa peringkat negeri Sabah ke arah melestarikan pembangunan mapan untuk dimanfaat rakyat keseluruhannya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan berusaha menggantikan semua Jambatan Gantung atau Jambatan Kayu kepada Jambatan Konkrit demi keselesaan serta keselamatan penduduk.

GIMIK……….Haji hasbullah (dua kanan) melepaskan ikan di Tagal sungai Kinahuan Kg. Langsat Ranau.

“Dengan sebab itu, pihak saya bersama rombongan diarah untuk ‘Turun Padang’ melaksanakan program Lawatan Kerja ke semua daerah di Sabah termasuk daerah  Ranau, untuk melihat sendiri keperluan rakyat termasuk mereka yang dikategorikan ‘Keluarga Daif’ untuk dibantu, seperti yang diarah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd.Shafie Bin  Haji Apdal”, jelas Hasbullah.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui dalam siri lawatan kerja  seharinya ke Parlimen Ranau merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, DUN Karanaan dan DUN Paginatan baru-baru ini.

Sempena program itu, Hasbullah dan rombongannya sempat menemui  staff Klinik Kesihatan  Lohan sambil menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan peralatan kepada Persatuan Panel Klinik Kesihatan berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut melawat ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kg.Langsat dan menyampaikan sumbangan berupa kerusi (100 buah), meja panjang 40 buah berserta wang tunai RM1,000 sumbangan Ketua Menteri, seterunya melawat rumah rumah daif (DUN Kundasang).

Hasbullah turut diberi penghormatan merasmikan Program Tagal Sungai Kinahuan Kg.Langsat sebelum melawat rumah rumah daif sekitar Kg.Lohan 1 (DUN Paginatan) sambil menghulurkan bantuan kepada keluarga terlibat.

HASBULLAH (berdiri tengah) merakam gambar bersama Ust.Hainin dan sebahagian anak-anak yatim Kg.Langsat, diiringi rombongan.

Sebelum ke Hotel Perkasa Kundasang untuk menghadiri acara bersama kepimpinan parti Warisan Ranau, beliau dibawa melawat ke rumah-rumah daif di Kg.Muhimboyon (DUN Karanaan). Tuan rumah turut menerima sumbangan disampaikan Hasbullah.

Hadir sama sempena program itu ialah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kundasang, Siriman MF Basir, PPM Karanaan, Awasi Bin Gani, PPM Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Bin Harun, Penyelaras program, Yusuf Bin kahar dan ahli rombongan. -TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN