24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan Negeri Pastikan Perpaduan, Keharmonian Rakyat Terpelihara-Hajiji

GIMIK…Hajiji (empat dari kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian.

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri akan terus memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Sabah kekal terpelihara.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menasihatkan rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan elemen luar yang meracuni pemikiran dan budaya rakyat negeri ini.


“Rakyat Sabah yang mempunyai lebih 30 etnik hidup dalam keadaan harmoni sejak sekian lama walaupun berbeza latar belakang agama dan bangsa.


“Menerusi budaya kita terus bersatu dan ini perlu dipupuk untuk generasi akan datang.


“Kita menghormati kebudayaan semua kaum sebab itu kerajaan negeri turut menganjurkan perayaan-perayaan besar di negeri ini seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina di peringkat negeri. 


“Istimewanya di Sabah, apa juga perayaan yang dianjurkan akan mendapat sambutan hebat daripada rakyat berbilang kaum.


“Kita harus menjaga perayaan seperti ini untuk anak-anak kita kerana dengan kepelbagaian inilah akan memantapkan lagi keharmonian di Sabah,” katanya ketika merasmikan Pesta Tarian Naga, Singa dan Unicorn Tahun Baharu Cina serta Pameran Kampung Budaya 2025 di sini, pada Sabtu.


Beliau berkata kerajaan negeri akan memastikan semua budaya dan perayaan dihormati termasuk memberi peruntukan kepada rakyat di negeri ini.


“Usaha ini adalah bukti bahawa kerajaan negeri menghormati sambutan semua perayaan yang ada di negeri ini, termasuk Tahun Baharu Cina,” ujarnya.


Dalam majlis berkenaan, beliau juga menyampaikan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM200,000 kepada Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK).


Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew, Pembantu Menteri Kewangan II, Datuk Tan Lee Fatt, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr. Huang Shifang, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Chan Foong Hin dan Presiden USCCAKK, Datuk Susan Wong. -Penerangan-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN