30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

kerajaan memperuntukan RM17.61 juta kepada golongan Wanita

Flovia menyaksikan pameran para Usahawan Wanita pada majlis itu.

KOTA KINABALU:Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabat Flovia Ng berkata, kerajaan memperuntukan sebanyak RM17.61 juta kepada golongan Wanita bagi melaksanakan program pembangunan modal insan di negeri ini.

Katanya, daripada jumlah itu RM11.8 juta disalurkan kepada Yayasan Usaha Maju dan RM5.81 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

“Kerajaan persekutuan turut memperuntukkan dana pembiayaan berjumlah RM230 juta bagi meningkatkan kapasiti perniagaan usahawan Wanita pada tahun ini,”.

“Antaranya melalui program Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tekunita menerusi Tekin Nasional (TEKUN),” Katanya Ketika berucap merasmikan Malam Apresiasi Usahawan Wanita Tahun 2022, di sini pada Jumaat lepas.

Flovia berkata, kesungguhan kerajaan untuk menyediakan peruntukan  kepada  Wanita satu pengiktirafan besar kepada golongan itu sebagai sebahagian mekanisma pembangunan di negara ini.

“Terdapat juga bantuan daripada agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, MDEC, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Corp, serta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),” katanya.

Flovia yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid berkata, bantuan terhadap golongan Wanita tidak terhad, malahan pelbagai agensi kewangan seperti bank turut membantu usahawan yang baharu memulakan perniagaan.

“Ini terbukti apabila lebih 1.8 juta orang usahawan Wanita di negara ini melibatkan 25,000 daripada Sabah telah mendaftar dengan SSM,” jelasnya.

Pembantu Menteri itu berkata, berbanding 10 tahun yang lepas kerajaan kini banyak memberi kemudahan kewangan kepada golongan itu, seperti menawarkan pelbagai kursus-kursus kemahiran selain membantu mengembangkan pemasaran ke luar negeri.

Katanya, sebelum ini golongan itu hanya bersandarkan subsidi bantuan tetapi kini kaedah itu tidak lagi terpakai dengan sepenuhnya.

Flovia berkata, penglibatan golongan Wanita dalam bidang perniagaan dengan lebih agresif bukan sahaja satu perkembangan positif, tetapi meletakkan taraf kaum hawa setara dengan ahli-ahli perniagaan kaum lelaki.

“Perkembangan ini sangat menarik dan diharapkan kaum Wanita perlu kreatif untuk meningkatkan usaha yang lebih gigih untuk mencapai sasaran,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN