27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan komited membantu meningkatkan  kemudahan infarstuktur: JY

TERIMA KASIH DATUK…. Tangkelip (tiga kiri) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Jonathan (dua kiri) diperhatikan yang lain.

RANAU: Kerajaan komited membantu meningkatkan  kemudahan infarstuktur terutama  untuk  rakyat  kawasan pedalaman bagi merancakkan  aktiviti penduduk kawasan berkenaan.

Timbalan  Menteri Kementerian Dalam  Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, rakyat mahukan agar semua kemudahan asas dapat dinikmati  segera maka itulah yang sedang diusaha dan dilaksanakan  pihak kerajaan sekarang.

“Bagaimanapun, pelaksanaan projek tersebut adalah secara berperingkat mengikut keutamaan dan peruntukan kewangan yang ada”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di empat lokasi kampung berasingan iaitu,  Kg.Tinongian, Kg. Betong, Kg.Sinurai dan Kg.Tumbalang Ranau baru-baru ini.

Datuk Jonathan memaklumkan, di Kg.Betung telah siap projek Jambatan dengan kos RM115 ribu, kelengkapam gereja Kg.Betung RM5 ribu serta 50 buah kerusi.

Di Kg.Tinongian pula telah diberi kelulusan untuk bina graviti baru dengan kos RM30 ribu selain sumbangan RM5 ribu telah diberi untuk selenggara Jalan ke tanah  perkebunan penduduk.

Di Kg.Sinurai juga telah diberi kelulusan untuk pembinaan Jalan Konkrit perkampungan dengan kos RM50 ribu, sementara di Kg.Tumbalang telah diluluskan untuk pembaikan  Jambatan Gantung dengan kos RM30 ribu serta sumbangan kepada gereja Kg.Tumbalang berjumlah RM10 ribu.

Datuk Jonathan seterusnya menyeru penduduk supaya sentiasa memupuk perpaduan dan persaudaraan sedia terjalin tanpa membezakan agama, kaum dan idologi politik bagi memudahkan kerajaan menyalurkan lebih banyak kemudahan untuk dinikmat rakyat akar umbi.

Turut berucap mewakili penduduk Kg.Betung mengalu-alukan kehadiran Datuk Jonathan ialah Pengerusi Penganjur majlis, Tangkelip Samingga dihadiri lebih 100 penduduk bersama rombongan Datuk Jonathan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN