25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 18, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan GRS berjaya pulihkan ekonomi Sabah: Abidin

Abidin menerima boring keahlian Parti StarSabah daripada para belia di Kg Kituntul Baru Ranau


RANAU: Kerajaan negeri telah berjaya memulihkan ekonomi Sabah melalui pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0, dan ini mesti diteruskan di mas ahadapan, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.


“Ekonomi Sabah dipulihkan dengan kutipan hasil yang meningkat, mengekalkan kestabilan politik yang sudah tentunya menarik pelaburan asing yang tinggi kepada Sabah.


“Apabila kerajaan ini dapat diteruskan, kesinambungan pembangunan melalui Perancangan SMJ 2.0 akan dapat direalisasikan yang akan memberi tumpuan menaikkan kesejahteraan hidup rakyat.


“Budget 2025 yang diluluskan oleh DUN pada akhir tahun 2024 sebanyak RM6.54 bil adalah yang terbesar dalam sejarah, tujuanmya adalah untuk membawa pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.


Tambah beliau, tahun ini adalah tahun pilihanraya dan adalah hak Ketua Menteri bila DUN dibubarkan, tapi yang pastinya tempoh Dewan Undangan Negeri akan berakhir pada September 2025.


“Diharap rakyat DUN Paginatan akan sentiasa memberi sokongan padu kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan terus memberi mandat untuk memerintah Sabah selepas PRN 17 nanti.


“Tidak dapat dinafikan oleh siapa bahawa dalam tempoh 4 tahun GRS memerintah, banyak pencapaian yang cemerlang telah diperolehi,” katanya.


Abidin yang juga ADUN Paginatan dan Naib Presiden StarSabah berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Dewan Kg Kituntul Baru Ranau baru-baru ini.


Di majlis itu, Abidin mengucapkan terima kasih kepada golongan belia Kg. Kituntul Baru seramai 30 orang yang diketuai oleh Azreno Failis, yang membuat keputusan untuk menyertai Parti StarSabah.


“Ini menunjukkan Parti StarSabah semakin popular di kalangan belia. Syabas dan tahniah. Sudah tentunya kemasukan anak-anak muda ini akan memantapkan lagi kedudukan GRS di DUN Paginatan khususnya di kalangan belia,” kata beliau.


Dalam pada itu, beliau berkata isu berkenaan pembaikan Mini Dewan di kampung itu telah dikemukakan kepada Majlis Daerah Ranau (MDR0 kerana Kg. Kituntul Baru berada dalam kawasan perkadaran MDR.


“Walaubagaimanapun kita akan berusaha supaya kampung ini akan mendapat Dewan yang baru. Berkenaan pembaikan surau di sini, kita memohon kepada Jheains untuk membina satu Surau baru untuk Kg. Kituntul Baru, tetapi saya akan luluskan pembaikan surau yg sedia ada,” katanya.


Berkenaan dengan pembaikan dan pembinaan jambatan gantung, Abidin berkata, ia akan di kemukakan kepada Pejabat Daerah untuk pelaksanaan, manakala permohonan canopy untuk belia, beliau telah diluluskan.


Sementara itu, Ketua Kampung Kituntul Baru Suali Rudi mengalu-alukan kehadiran Abidin ke Kg Kituntul Baru yang sudah lama dinanti-nantikan dan sempat mengemukakan beberapa permohonan kampung kepada beliau.


Turut Hadir di majlis itu, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, KAN Sawalin Zakaria, KAN Kapilin Hj Surop, Pemaju Mukim Tanah Rata, Lasius Golipoi dan para pemimpin kampung sekitar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN