25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Keputusan SPM 2020 Khamis ini – Dr Radzi

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan dikeluarkan pada 10 Jun, Khamis ini mulai jam 10 pagi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin menerusi media sosial beliau.

Dalam satu kenyataan susulan pengumuman itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah.

Pertama: Secara dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

Kedua: Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga pukul 6 petang pada 17 Jun 2021.

Menurut KPM, bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

“Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” kata KPM. -Utusan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN