Foto atas: Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik
KENINGAU:Keputusan Kerajaan Negeri Sabah tidak melaksanakan PKPB adalah tepat memandangkan wabak COVID -19 masih menular di negeri ini.
Timbalan Pengerusi Persatuan Kebudayaan Dan Kebajikan Etnik Kujau, Gana, Nabai Sabah ( KGNS) Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik berkata, yang lebih penting sekarang adalah mempastikan keselamatan rakyat.
Maka dengan itu katanya, rakyat Sabah perlu bersatu bekerjasama dengan kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID -19
”Rakyat perlu patuh SOP PKP, agar wabak covid 19 tidak menular ke merata-rata tempat” katanya mengulas
Keputusan Kerajaan Sabah untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan di peringkat kerajaan persekutuan.
Pada Ahad, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, susulan keputusan itu, Sabah mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap 4 yang akan berakhir pada 12 Mei.
Dalam masa yang sama Yazid pihak kerajaan Sabah juga perlu mempunyai pelan tindakan untuk pemulihan ekonomi yang terjejas akibat PKP.
“Sekarang ini, semua jenis perniagaan terjejas teruk, malahan ada yang tidak mempunyai apa-apa pendepatan tetapi mempunyai tanggugan seperti gaji pekerja perlu dibayar dan lain lain lagi” jelasnya.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah (PESAN) Engah Sintan @ Dahlan Abdullah berkata, keputusan Kerajaan Sabah tidak melaksanakan sebahagian operasi sektor ekonomi dan sosial susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan di peringkat kerajaan Persekutuan baru-baru ini adalah langkah yang amat wajar.
Katanya, Kerajaan Negeri tidak tergesa-gesa selepas mengambil kira situasi demi menjamin Sabah akan menjadi zon hijau dan rakyat pula tidak terancam dengan penularan COVID-19.
“Walaupun PKPB bermula hari ini ( 4 Mei )namun pihak kerajaan Sabah perlu meneliti sebaik mungkin terlebih dahulu berkenaan penguatkuasaan dan garis panduan serta melihat kesiapsiagaan pihak berkuasa tempatan (PBT) tertakluk di bawah keperluan yang mendesak.
“Saya amat bersetuju dengan pendirian pihak kerajaan negeri untuk tidak memulakan operasi aktiviti yang membabitkan perniagaan makanan, industri pembinaan dan sektor sosial bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kes COVID-19 di negeri ini.
“Apa yang paling mustahak adalah rakyat Sabah terutamanya pekerja dan peniaga, mereka perlu sedar bahawa PKP masih belum tamat dan kesemua ini bergantung kepada diri sendiri.
“Adalah lebih baik intipati dari pelaksanaan PKPB ini hanya dibenarkan beroperasi di negeri Sabah selepas 12 Mei depan bagi memastikan pekerja dan peniaga termasuk PBT itu sendiri mempunyai masa yang cukup untuk membuat persediaan pengesanan kontak dan penjarakan sosial” katanya mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berhubung keputusan Kerajaan Negeri Sabah untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan di peringkat kerajaan persekutuan.
Engah berkata, orang ramai turut terkesan dengan langkah itu kerana bimbang situasi pandemik COVID-19 meledak secara tiba-tiba apabila rakyat mula pergi ke tempat kerja dan membeli belah untuk persiapan menyambut Aidilfitri yang diraikan hujung bulan ini.
“Saya percaya bahawa seluruh rakyat Sabah sudah ambil maklum jangkitan COVID-19 yang setakat ini mengorbankan ratusan nyawa masih belum berakhir.
“Oleh itu, rakyat Sabah perlu terus bertenang dan jangan turutkan nafsu untuk melakukan sebarang aktiviti seperti sedia kala dan sentiasalah duduk di rumah jika tiada urusan penting untuk keluar,” katanya.
Dalam pada itu katanya, golongan berisiko terutama kanak-kanak kecil, ibu hamil, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) perlu kekal di rumah bagi mengelak jangkitan COVID-19. Tamat/-