Gambar: TAHNIAH… Rozman (tiga dari kanan) bersama Muhammad Syahfiee (kanan sekali), Yahya (tiga dari kanan) dan Haider (kiri sekali) ketima menyambut kepulangan Avrianda di lapangan terbang Labuan, kelmarin
LABUAN: Kepulangan pemenang pingat emas Wilayah Persekutuan Labuan adik Avrinda Anis di Kejohanan Sirkit 1 Boccia Kebangsaan disambut seperti wira negara sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Labuan, malam kelmarin.
Menyambut kepulangan adik Arvianda murid berkerperluan pendidikan Khas (MBPK) SMK Lajau itu ialah Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Mohammad Syahffie Japril, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri, Yahya Puteh, Penaung PERSON Labuan, Datin Hajjah Norsiah Abdullah dan wakil Sektor Pendidikan Khas, Heidar Hussein NMohd Rashid.
Adik Avrinda Anis memenangi pingat emas kategori BC 2 Kejohanan Sirkit 1 Boccia Kebangsaan 2022 anjuran Majlis Sukan Negara yang berlangsung dari 25 hingga 29 Jun lalu di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di ibu negara.
Sementara itu, Rozman menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan adik Avrinda Anis yang telah mengharumkan bukan sahaja nama Labuan tetapi juga nama sekolah dan keluarga sambil berharap satu hari nanti anak jati Labuan ini mampu menyerlah diperseda yang lebih tinggi lagi.



