Sapilin (kanan) mewakili Datuk Jonathan menyampaikan sumbangan derma kepada Mohd.
Aidil.
RANAU: Lagi keluarga merakam penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin membantu keluarga yang kehilangan ahli kelurga kerana meninggal dunia.
Ramai penduduk yang menyifatkan Datuk Jonathan bukan sahaja ‘Murah Hati’ menghulurkan bantuan bakul makanan, tetapi juga sanggup datang menziarahi keluarga yang ditimpa bencana seperti kebakaran rumah kediaman dan membantu membaiki rumah kediaman uzur dan banyak lagi.
“Jonathan juga hadir menemui keluarga yang memerlukan bantuan meskipun lokasinya jauh di pedalaman tanpa mengira keadaan cuaca (hujan- panas) dan siang atau malam pasti hadir bukti keprihatinan nya terhadap rakyat tanpa membezakan agama, suku kaum dan idologi politik”, jelas salah seorang penduduk Kg.Tungou, Jasrin Bin Simin.
Beliau mewakili keluarga arwah Kokijin Bin Alangang yang meninggal dunia di kampung itu baru-baru ini kerana sakit tua.
Sumbangan berupa wang tunai itu, disampaikan Penolong Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Tingsu Ganang yang mewakili Jonathan.
Tingsu ketika ditemui, mengharapkan agar sumbangan itu dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang terlibat.
Sementara itu, keluarga seorang warga emas, Isah Binti Sami 73, yang meninggal dunia di rumah kediamanya di Kg.Ruhukon di sini baru-baru ini, merakam penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan derma daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.
Sumbangan berupa wang tunai itu telah disampaikan oleh Sapilin Bin Mudin yang mewakili Datuk Jonathan di rumah kediaman keluarga warga emas berkenaan.
“Saya mewakili keluarga kami, berterima kasih dengan keprihatinan Datuk Jonathan menghulurkan sumbangan kepada keluarga kami yang kehilangan ibu tersayang.
“Kami akan manfaatkan sumbangn ini untuk pengurusan pengkebumian arwah ibu kami”, jelasnya Mohd.Aidil Bin Idham mewakili keluarga mereka.
Sapilin menasihatkan keluarga yang ditinggalkan agar lebih banyak bersabar dengan pemergian arwah Isah dan banyakan Berdoa untuk arwah agar ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh.
              Â