Datuk Raime Unggi
TENOM – UMNO bahagian Tenom akan merombak semula kepimpinan parti dalam masa terdekat ini bagi memantapkan lagi kekuatan parti ini agar terus diterima oleh pelbagai lapisan rakyat.
Ketua Bahagiannya, Datuk Raime Unggi, berkata, ini adalah perkara biasa yang mana bertujuan memberi peluang kepada kepimpinan baharu memimpin parti keramat ini yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.
“Ini termasuk rombakan besar-besaran setiap jawatan bagi berlaku adil kepada para ahli dalam parti untuk bertanding dalam pemilihan peringkat dalaman akan datang “.Katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tenom bagi tahun 2020 di Dewan Seri Panglima Antenom disini baru-baru ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah berharap Gabungan Rakyat Sabah GRS dan Perikatan Nasional yang menjadi kerajaan diperingkat negeri dan pusat ketika ini perlu mencari platform baharu agar kerjasama parti-parti dibawah GRS dan PN terus utuh sekaligus menyakinkan kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke 15 untuk memilih sebagai pentadbir kerajaan.
“Ini bagi memastikan segala dasar -dasar seperti manifesto aku janji dapat dilaksanakan terutama bagi Sabah yang masih banyak memerlukan pelbagai keperihatinan pembangunan terutama dalam pandemik covid 19 ini.”Katanya.
Sementara itu, beliau memaklumkan Umno Bahagian Tenom turut menyampaikan bantuan bakulan Makanan kepada 19 Ketua Isi rumah KIR yang dikenakan kuarantin berikutan pandemik covid 19 di rumah masing-masing di kampung Paal Seberang ,Enubai.

“Penama 19 KIR ini telah dimaklumkan kepada pihak kementerian berkaitan untuk tindakan lanjut”.Katanya.

Dalam perkembangan lain, Datuk Raime yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa KPD Sabah akan terus memanfaatkan belanjawan negeri 2021 dengan memperkasakan semula pembangunan pertanian dan perternakan.
Katanya, pada pengumuman belanjawan berkenaan pada 18 disember tahun lalu sejumlah 18 juta ringgit diperuntukkan dalam memperkasakan pertanian dan perternakan dan sebagai salah satu agensi dibawah kerajaan negeri sudah tentunya ianya akan memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat dalam meningkatkan pendapatan sosioekonomi walaupun ketika ini berhadapan situasi ekonomi merundum kesan oleh pandemik covid 19.