31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Keningau Saga Otomobil Sdn Bhd santuni Kakitangannya

Yazid (keempat dari kanan) merakamkan gambar bersama kakitangan yang menerima sumbangan

KENINGAU:Pengurusan Keningau Saga Otomobil Sdn Bhd menyantuni Kakitangannya dengan memberikan keperluan asas.

Pemberian tersebut adalah meringankan beban di mana beberapa kakitangan yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

Penyerahan sumbangan itu telah dilakukan oleh Wakil Syarikat Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles kepada tujuh orang kakitangannya.

Yazid berkata, syarikat amat prihatin dengan Kakitangannya yang dilanda banjir.

Katanya, sumbangan tersebut adalah sebahagian tanggungjawab sosiol korporat syarikat ini.

Yazid bersimpati dengan mereka yang dilanda banjir dan berharap mereka bersabar dengan dugaan tersebut.

Beliau juga mengingatkan kepada penduduk dikawasan rendah dan berhampiran dengan sungai agar sentiasa peka dan berjaga jaga di musim cuaca yang tidak menentu masa ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN