Robert memyampaikan kepada salah seorang penerima sumbangan pada majlis
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik @ Nordin berharap kerajaan sekali lagi dapat membuat pembenihan awan bagi daerah Keningau.
Ini katanya, berikutan bekalan air di Loji Air Bunsit, Loji Air Agudon, Loji Apin-Apin dan Loji Kampung Keningau kini dalam keadaan kritikal.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bingkor berkata, sekiranya hujan tidak turun dalam tempoh beberapa minggu lagi ia dikhuatiri akan mengakibatkan bekalan air terputus.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis berbuka puasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Zon 4 di balai Bomba Dan Penyelamat Keningau di sini pada Rabu.
“Walaupun pembenihan awan telah dibuat oleh pihak kerajaan tetapi Daerah Keningau masih masih juga tidak ada hujan masih dan kemarau berterusan. Kita berharap kerajaan dapat mencuba lagi pembenihan awan” katanya.
Katanya lagi, Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Keningau JKDB juga turut bersiap siaga untuk menyalurkan bantuan bekalan air mana-mana kampung terputus bekalan air.
Sementara itu, Timbalan Pengarah JPBM Sabah Farhan Sufyan Bin Borhan, berkata menjelang hari raya aidilfitri , hanya 20 peratus keanggotaan bomba dibenarkan bercuti mengikut kawasan perkadaran balai tersebut.
“Ada kemungkinan juga kita akan membekukan cuti namun ia bergantung kepada stiuasi akan datang ini” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan penduduk di negeri ini agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan kebakaran terutama dalam musim perayaan ini.
Sementara itu, Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita Jabatan Penyelamat Malaysia (PERSIMA) Sabah, turut melakukan program tanggungjawab sosial (CSR) mereka dengan mengumpul pakaian terpakai yang masih boleh digunakan untuk disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan.
Timbalan Pengerusi PERISMA Sabah, Sharidah binti Maajin berkata usaha ini adalah untuk menyuburkan sikap cakna ahli dengan situasi mereka yang memerlukan sekali gus mengelak pembaziran.
Pada majlis itu Robert menyempurnakan
penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf, anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.
Hadir sama Ketua JBPM Zon Keningau
PgB.Yuszaimi Hairrul Azwan Bin Juatan dan Pegawai-Pegawai Kanan JBPM.