Rafie merakamkan kenangan bersama pemain dan jurulatih pasukan Keningau FA pada majlis itu.
KENINGAU: Presiden Keningau FA, Rafie Robert berharap agar pasukan Keningau FA mendapat tempat diantara tiga terbaik dalam Kejohanan bola sepak Piala Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).
Katanya, walaupun di peringkat Zon Pedalaman Atas, pasukan Keningau FA mendapat tempat kedua dibawah Nabawan FA, namun beliau percaya pasukan Keningau FA akan bangkit untuk mengejar kedudukan antara tiga terbaik di peringkat negeri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Meraikan Pasukan Bolasepak Lelaki dan Wanita Keningau FA, pada khamis.
Terdahulu, Nabawan FA dan Keningau FA layak ke pusingan Grand Final bagi Zon Pedalaman Atas daripada empat pasukan termasuk Tenom FA dan Tambunan FA.

Rafie ketika berucap pada majlis itu.
Peringkat Grand Final ini akan menyaksikan sebanyak 12 pasukan akan berentap daripada 6 zon yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada 26 hingga 27 Januari ini.
Venue yang akan digunakan pada kejohanan ini ialah Padang Sukma A dan B serta peringkat akhir akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Turut diraikan pada majlis ini, adalah pasukan wanita Keningau FA yang baru-baru ini telah mendapat tempat ketiga pada Kejohanan Bola Sepak Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, yang diadakan di Kota Kinabalu.